Ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku duduk di sana selama 8 bulan je pun. Tak lama pun, tapi inilah yang aku dapat berdasarkan pemerhatian aku pada orang-orang di sini. Maybe this is not a holistic observation, sebab aku tinggal di pekan kecil di Victoria je (dalam 200km dari Melbourne).

Apa yang aku ceritakan nanti mungkin tak menggambarkan keseluruhan budaya penduduk Australia. Tapi inilah yang aku perhatikan, jadi dari sisi positif mungkin sedikit sebanyak kita bolehlah apply kat sini secara berjemaah.

Kita kan nak jadi negara maju. Habitat dah banyak berubah, tapi perangai tak ubah-ubah juga.

pengalaman-kerja-di-australia-4

Salah satu contoh amalan baik untuk memupuk budaya tepati masa. Semua bilik meeting kena ada notis ni. Cuba lah.

Sangat tepati masa

Masa aku tinggal di sana dapatlah merasa buat kerja macam-macam. Potong rumput, kerja buruh ubahsuai rumah (diorang panggil builder), gali longkang, jaga kedai massage (urut) dan buat transport hantar orang pergi kerja di ladang.

Banyak lagi keje lain, tapi aku highlight yang ini je sebab yang ni semua berlainan boss. Sebelum korang fikir yang bukan-bukan, aku nak bagitau siap-siap. Aku kerja di sana dengan permit sah. Siap angkut anak bini sekali. Bukan pergi atas visa pelancong, lepas tu buat kerja macam geng petik buah.

  1. Potong rumput = boss aku Mat Saleh, potong rumput di rumah Mat Saleh
  2. Pasang atap = boss Mat Saleh, buat umah Mat Saleh dan PR India
  3. Kedai massage = boss Mat Saleh, pelanggan ramai Mat Saleh
  4. Angkut orang kerja ladang = boss Melayu, pekerja ladang Melayu

Boss potong rumput aku, kalau kata pukul 9 pagi datang pick up aku kat umah, 10 minit sebelum pukul 9 dah sampai. Consistently everyday.

Boss kerja ubah suai atap aku pun sama juga perangai dia. Memang pacak on time.

pengalaman-kerja-di-australia-2

Ini lah kaunter tempat aku pernah kerja, ambil booking dan aturkan giliran gadis massage.

Yang aku kerja kat kedai massage pulak, aku jaga jadual dan ambik booking call customer untuk slot-slot kosong setiap hari.

Wei! Aku tahu dah apa dalam kepala korang. Bukan pimp lah. Ini kedai massage ikhlas lah. No hanky panky.

Ok. Di kedai ni aku yang jaga kaunter dan aku memang perhati je. Diorang ni kalau appointment pukul 10 pagi, 9.50 dah terpacak di kedai. Setiap slot atau sesi dari mula kedai buka jam 9 pagi sampai tutup kedai pada jam 6 petang, semuanya datang on-time.

Bila diorang rasa tak boleh datang on time untuk appointment, diorang akan call kita dan cakap tak sempat atas sebab tertentu. Jadi kita boleh buka balik slot yang diorang booking tu. Nampak tak timbang rasa diaorang sebab taknak menyusahkan orang. Siap ambil inisiatif nak call lagi.

Sepanjang aku kerja kedai massage tu, tak pernah lagi ada customer yang datang lewat daripada masa yang ditetapkan dalam temujanji. Semuanya datang awal 10 minit, atau on time, atau tak datang langsung tapi mesti diaorang call kita awal-awal untuk minta maaf.

Sebab tu ada orang kata di Australia ni, “to be on time is to be late”. Dah jadi budaya mereka macam tu.

pengalaman-kerja-di-australia-3

Ini ladang epal masa tengah masak ranum. Epal jenis apa aku tak reti lah.

Sekarang aku nak cerita pasal kerja aku jadi transporter pergi ambil pekerja ladang di rumah masing-masing, kemudian hantar diaorang ke ladang tempat bekerja.

Diorang ni pergi kerja pukul 6 pagi atau 7 pagi setiap hari. Bergantung kepada lokasi ladang, biasanya aku akan sampai di rumah pekerja seawal jam 5pagi, dan ke rumah-rumah seterusnya.

Bukan semua, tapi kebanyakannya. Lagi sekali aku ulang. Bukan semua, tapi kebanyakannya…

Pukul 5 aku sampai, ada yang masih terhegeh-hegeh baru nak mandi lah, baru nak bancuh kopi lah. Ish geram sungguh aku. Sebab aku dah rancang perjalanan nak pergi ambil pekerja lain pula di rumah lain dan sepatutnya sampai di sana pada jam berapa.

Dan tak adil bagi orang lain yang aku dah pickup kena duduk dan tunggu dalam kereta aku tu. Kesian kat orang lain yang kena tunggu kau duk bancuh kopi lah, siapkan bekal lah.

Ada yang bila nak naik kereta tu mintak maaf. Ok lah. Ada pula yang perangai macam haram. Buat muka selamba tak bersalah, masuk kereta buat main handphone. Ish! Memang lah aku supir kau, tapi show some respect mate.

Benda macam ni lah yang masyarakat kita kena ubah. Kalau boleh tak mau dengar dah the so-called peribahasa “ala bang, biasa laaa tu janji Melayu”. Kepala hotak kau.
Apa hak kau nak ambik dan bazirkan masa orang semata untuk tunggu kau?

Alasan memang macam-macam alasan boleh bagi kalau duduk di Malaysia ni. Jalan jem lah, hujan lah, bas rosak lah, tayar pancit lah.

Anticipate all those possibilities, and prepare lah something for contingency. Keyword dia ialah ‘punctuality’. Please lah. Live with dignity. And respect each others time.

Artikel di atas disumbangkan oleh Amirul Izzat. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤