Nota Editor: Catatan ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Puan Ainon Mohd yang merupakan Pengerusi Kumpulan PTS. Catatan ini adalah nota terbuka kepada Tuan Pengarah INSKEN, Yang Berbahagia Tn. Norizan Bin Sharif. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis

Banyak komen-komen didengari berkenaan rungutan oleh pegawai kerajaan tentang sikap peniaga Melayu yang tidak berminat datang bagi mengemukakan idea bisnes mereka dalam sesi pitching yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak seperti bangsa lain yang banyak datang dan bersungguh-sungguh cuba menjual idea mereka.

Dalam perkara ini, isu itu mempunyai kaitan dengan tingkah-laku kultural orang Melayu. Ia lebih ketara dalam kalangan orang Melayu yang berasal dari kultur kampung.

Sesi pitching adalah contoh alat kerja dalam korporat pimpinan pegawai-pegawai Melayu yang diimport dari budaya asing, khususnya budaya USA.

Budaya pitching mempunyai unsur-unsur yang berbeza dengan budaya Melayu tradisional yang masih kuat di kampung.

melayu3

Unsur-unsur kultural yang berbeza dan bertentangan:

+ Budaya Melayu tidak menggalakkan tingkah laku ke depan dengan tujuan menonjol-nonjolkan kelebihan yang ada pada diri sendiri, dan memuji-muji diri sendiri. Orang Melayu digalakkan merendahkan diri. Namun, dalam sesi pitching, si pitcher dikehendaki menonjolkan diri dan memuji-muji diri sendiri.

+ Orang Melayu mengamalkan budaya kooperatif, bukan budaya kompetatif. Namun, intipati sesi pitching adalah ber-kompetisi, berlawan, bersaing, dan mengalahkan orang lain.

Budaya pitching hanya sesuai bagi orang Melayu yang sudah mengamalkan tingkah laku yang ditiru daripada budaya asing. Mereka itu adalah Melayu yang sudah bi-kultural.

Bagi menangguk bakat dan idea-idea daripada orang Melayu yang masih mono-kultural, caranya adalah dengan menggunakan alat-alat kerja yang sesuai dengan budaya Melayu.

Salah satu alat kerja itu adalah amalan ‘merisik’. Amalan merisik adalah sangat efektif bagi mendapatkan calon peniaga Melayu yang genuin.

Sekianlah sahaja, disudahi dengan ucapan mohon ampun dan maaf.
Dari saya yang dhaif,

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram