Rambut ibarat mahkota bagi wanita dan memilik rambut yang sihat dan lembut adalah idaman setiap wanita. Para wanita pasti akan rasa susah hati jika rambut mereka gugur pada kadar yang membimbangkan.

Dalam sehari, wanita biasanya akan gugur rambut sekitar 50-100 helai sehari dan untuk kes yang serius, lebih daripada 250 helai dalam sehari.

Masalah keguguran rambut biasa terjadi dalam kalangan wanita atas pelbagai faktor antaranya perubahan hormon dan selepas melahirkan anak. Pemakanan, faktor kesihatan dan penggunaan syampu yang tidak sesuai juga boleh memberi kesan kepada keguguran rambut.

Untuk mengelakkan rambut daripada terus gugur, ini beberapa tip yang ada anda boleh cuba.

1. Elak ikat rambut terlalu ketat

Gaya rambut yang cantik tetapi membebankan kulit kepala seperti braids ketat, cornrow dan bahan kimia untuk meluruskan rambut semuanya boleh memberi kesan kepada rambut ada. Ikatan yang terlaku ketat boleh memberi kesan kepada akar rambut. Jadi, regangkan sedikit ikatan rambut anda untuk elak akar rambut daripada ‘stress’ dan mudah gugur.

2. Jaga pemakanan anda

Kurang zat besi dalam badan adalah antara faktor rambut jadi kurang kuat. Tambah makanan yang mengandungi lebih zat besi seperti bayam, telur dan produk tenusu dan oat dalam pemakanan anda. Untuk list makanan lain yang anda boleh makan boleh klik di sini.

3. Penggunaan tonik rambut

https://www.instagram.com/p/CToT8YhPnbD/

Ramai yang beranggapan sudah cukup sekadar cuci rambut dengan syampu untuk menjaga rambut. Tetapi penggunaan tonik dan serum bertindak sebagai booster untuk rambut yang lebih sihat dan kuat. Pemilihan serum dan tonik rambut yang betul juga penting.

4. Tukar ke set penjagaan rambut yang lain

Anda mungkin tidak perasan tetapi produk penjagaan rambut seperti syampu yang anda sedang gunakan boleh beri kesan kepada kulit kepala anda. Ia kerana kandungan bahan kimia yang ada dalam produk tersebut yang mungkin tidak sesuai dengan kulit kepala anda. Mungkin sudah tiba masa untuk anda cuba jenama baharu untuk rambut anda.

Sailajah Hair Care sudah bantu lebih 10,000 pengguna rawat masalah keguguran rambut

Jika anda mencari produk penjagaan rambut baharu yang mampu milik dan lengkap, Sailajah Hair Care adalah jawapannya. Daripada syampu sehinggalah tonik rambut dan serum, Sailajah bakal memberikan lambut yang lebih berseri dan cantik untuk anda.

Produk keluaran Sailajah telah menjalani proses research & development dan terbukti membantu mengatasi masalah rambut gugur bagi wanita (dan juga lelaki) & dalam masa yang sama menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi dengan lebih pantas.

Setiap produk Sailajah juga diperbuat daripada bahan-bahan alam semulajadi yang membantu dalam menguatkan akar rambut dari dalam serta menguatkan rambut daripada menghadapi masalah rambut seperti rambut bercabang dan serabut.

Produk Sailajah membantu dalam menghasilkan rambut yang lebih lembut dan bersinar secara natural. Setiap cucian membantu memberi kelembapan kepada kulit kepala dan menyihatkan kembali rambut yang sudah rosak.

https://www.instagram.com/p/CT4piSyvCad/

Penggunaan serum juga penting untuk merawat rambut rosak. Hair Treatment Serum Sailajah merupakan antara produk best selling mereka dan menerima respon yang baik daripada pengguna yang telah menggunakannya.

Dipadankan pula dengan tonik keluaran Sailajah, rambut akan kekal berseri dan sihat sepanjang masa.

Maya Karin, antara pengguna produk Sailajah Hair Care

Jika Maya Karin pun mempercayai Sailajah, giliran anda pula untuk mencubanya. Produk Sailajah boleh dibeli di Shopee atau laman rasmi Sailajah di sini. Selamat mencuba dan lihat sendiri hasilnya.

Bercerita tentang rambut, ini rupa Upin & Ipin jika mempunyai rambut yang dikongsi oleh Les’ Copaque. Klik padap pautan di bawah.

Les’ Copaque Kongsi Imej Rasmi Upin & Ipin Dengan Rambut

Pemotong Rambut Xiaomi Kini Boleh Didapatkan Dengan Harga Serendah RM20

Misteri Okiku, Anak Patung Jepun Yang Rambutnya Memanjang Seperti Manusia