Pastinya sempena Hari Raya Aidiladha ini anda mendapat banyak daging sehinggakan tidak tahu ingin masak apa dengan daging yang anda dapat. Malah, anda juga sudah bosan untuk masak rendang dan sup.

Anda pasti terfikir untuk membuat daging bakar tetapi tidak tahu bahan rahsia yang boleh menjadikan daging anda lebih lembut dan lazat. Ini merupakan resipi untuk menjadikan daging anda enak dan tidak sampai 5 minit sudah habis dimakan.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

Bahan-bahan:

1

1. Daging
2. Sepaket tomyam Adabi
3. 2 paket perencah nasi goreng Adabi
4. 2 sudu besar sos black pepper
5. Serai
6. Olive oil

Cara-cara membuatnya:

1. Potong daging halus-halus.
*Nota: daging tidak perlu direbus.

2. Masukkan perencah nasi goreng dan perencah tomyam Adabi serta sos black pepper ke dalam bekas.

3. Kemudian, masukkan daging dan gaul sehingga rata bersama bahan-bahan tadi.

2

3

4. Perapkan daging bersama bahan tersebut selama 30 minit.

5. Setelah itu, bakar daging yang telah diperap dan gunakan serai utk merenjis olive oil pada daging.

6. Tunggu sehingga daging kelihatan kering, kemudian angkat.

Perkongsian resipi ini dikongsi oleh pengguna Facebook Nizzar AS dan resipi yang mudah ini serta bahan rahsia yang mudah didapati akan menjadikan daging bakar anda lebih sedap untuk dinikmati.

Anda Mungkin Suka