Sebut sahaja filem Lagi-Lagi Senario, mesti anda ingat adegan epik apabila Wahid menebar roti canai terbang. Tipulah jika anda tidak ingat, betul tidak?

Terbaharu, Wahid Senario telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang menebar roti canai terbang. Menerusi video itu, dapat dilihat skil Wahid menebar roti canai seperti dalam babak filem yang pernah dilakonkannya satu ketika dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambahnya, dirinya sudah lama tidak menebar roti canai tetapi tidak sangka skil masih ada dan video tersebut mendapat perhatian orang ramai. Menerusi video itu juga, ramai orang menyaksikan Wahid tayang skilnya menebar roti canai.

Rata-rata netizen berasa kagum dengan skil yang ditunjukkan oleh Wahid Senario. Malah, ada juga netizen memuji Wahid kerana skill menebar roti canainya masih ada walaupun sudah lama tidak lakukan ia.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang tidak sangka bahawa Wahid memiliki skil menebar roti canai kerana disangka hanya lakonan sebelum ini. Malah, rata-rata netizen juga mengatakan mungkin disebabkan berlatih ketika membasuh baju membuatkan Wahid pandai menebar roti canai seperti yang berlaku dalam filem Lagi-Lagi Senario. Terbaiklah!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan tebar roti canai pada pautan di bawah ini.

Pengarah Lagi-Lagi Senario Dedah Lokasi Sebenar Warung Roti Canai Azlee Dan Mazlan

Resipi Mudah Dan Sedap Roti Canai Gunakan ‘Breadmaker’

Bermula Daripada YouTube, Kegigihan Lelaki Ini Belajar Tebar Roti Canai Curi Tumpuan Netizen