Baru-baru ini, kritikan hebat oleh Mas Idayu kepada Sissy Iman di pentas pertandingan nyanyian, Famili Duo telah membuatkannya menangis dan ‘hilang semangat’ sehingga membatalkan pelancaran albumnya.

Susulan itu, segelintir netizen telah mengecam Mas Idayu dan ada juga netizen yang membandingkan Mas Idayu sebagai juri dengan penyanyi dari Indonesia, Judika yang dilihat mempunyai cara berbeza.

Baca Juga:

https://twitter.com/SaifulEnver/status/1617722137472794624

Jika dilihat di media sosial, ada netizen berkongsi kembali video Judika ketika menjadi juri rancangan Indonesian Idol. Menerusi video tersebut, dilihat peserta rancangan itu iaitu Novia dikritik dan ‘diajar’ teknik betul untuk melontarkan suara agar nyanyian lebih sedap didengari.

Oleh itu, para netizen juga berpendapat bahawa sebagai juri seharusnya memberikan kritikan yang membina bukannya menghancurkan mental peserta serta perlu memberikan sedikit bimbingan agar mereka berjaya.

https://twitter.com/thepatyouknow/status/1618230983786127361

https://twitter.com/AzriNurhafiz/status/1618187190563147777

Selain Judika, netizen juga memuji cara Hetty Koes Endang sebagai juri dalam rancangan Gegar Vaganza yang dilihat profesional dalam mengajar peserta pertandingan. Apa pun, diharap Sissy Iman dapat bangkitkan semula semangat untuk terus bertanding.