Baru-baru ini, kritikan hebat oleh Mas Idayu kepada Sissy Iman di pentas pertandingan nyanyian, Famili Duo telah membuatkannya menangis dan ‘hilang semangat’ sehingga membatalkan pelancaran albumnya.
Susulan itu, segelintir netizen telah mengecam Mas Idayu dan ada juga netizen yang membandingkan Mas Idayu sebagai juri dengan penyanyi dari Indonesia, Judika yang dilihat mempunyai cara berbeza.
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
https://twitter.com/SaifulEnver/status/1617722137472794624
Jika dilihat di media sosial, ada netizen berkongsi kembali video Judika ketika menjadi juri rancangan Indonesian Idol. Menerusi video tersebut, dilihat peserta rancangan itu iaitu Novia dikritik dan ‘diajar’ teknik betul untuk melontarkan suara agar nyanyian lebih sedap didengari.
Oleh itu, para netizen juga berpendapat bahawa sebagai juri seharusnya memberikan kritikan yang membina bukannya menghancurkan mental peserta serta perlu memberikan sedikit bimbingan agar mereka berjaya.
https://twitter.com/thepatyouknow/status/1618230983786127361
Tu sbb pyanyi indonesia bermutu. Klu bg komen pon kt bakal penyanyi pon dgn sopan je takde smpai meyakitkan & mgaibkan mereka. Bkn xblh buat. Tiba masa cari juri ² yg bermutu bkn mjerit bagai. Stop bullshit & drama ye.. https://t.co/hARA0bSmSR
— ⓘ Océane 𝕏 (@zalia211) January 25, 2023
https://twitter.com/AzriNurhafiz/status/1618187190563147777
Sama mcm Hetty Koes Endang dekat GV… Dia sme2 tolong kot https://t.co/H2Gd38FVN4
— Lia | 🇮🇳 🫶 🇵🇸 (@leekaeun04) January 26, 2023
Selain Judika, netizen juga memuji cara Hetty Koes Endang sebagai juri dalam rancangan Gegar Vaganza yang dilihat profesional dalam mengajar peserta pertandingan. Apa pun, diharap Sissy Iman dapat bangkitkan semula semangat untuk terus bertanding.