Sebelum ini tular video memaparkan kawan-kawan pengantin memberikan hadiah tidak senonoh sehingga menunjukkan rasa kurang senang pada pengantin.

Berbeza dengan video yang baharu sahaja tular dikongsikan oleh pengguna TikTok @nzrnahmd_ menunjukkan sekumpulan kawan memberikan hadiah yang berguna kepada pengantin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@nzrnahmd_

Dah macam mangsa banjir 😂 #fyp #kahwin

♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸 – 🕸KroNoLoC🕸

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kawan-kawan pengantin memberikan barang keperluan seperti periuk, makanan dan banyak lagi ketika majlis perkahwinan berlansung.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji kawan-kawan pengantin yang memberikan hadiah yang berguna. Malah, para netizen juga bersetuju barangan tersebut sedikit sebanyak akan membantu pengantin untuk memulakan kehidupan baharu.

https://twitter.com/fatinirliana/status/1538864163627634689

Bukan hanya itu, para netizen berpendapat kelompok kawan-kawan seperti ini yang bagus kerana tidak memalukan pengantin dan sebenarnya patut jadi contoh kepada orang ramai. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 51 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Jijik Dan Memalukan, Pengantin Merah Padam Apabila Kawan-Kawan Beri Hadiah Tidak Senonoh

Pertikai Aurat Allahyarhamah Adibah Noor, Komen Individu Ini Undang Kemarahan Netizen