Pelancaran Perodua Alza 2022 pada minggu lalu masih menjadi bualan warganet sehinggalah ke hari ini. Rata-rata ramai memberikan maklum balas positif mengenai MPV yang dilengkapi dengan rekaan serta teknologi baharu untuk segmen model kereta Perodua itu.

Dalam kenyataan rasmi sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menyatakan model itu sudah mula dihantarkan kepada beberapa pelanggan pada tarikh sama pelancaran itu dibuat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ternyata kenyataan itu benar apabila tunjang utama portal Pandulaju.com.my yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Abang Gan’ telah menjadi pemilik pertama Perodua Alza 2022 (untuk kategori individu) di Malaysia.

Berita baik itu dikongsikan menerusi laman Facebook Perodua TriumpPoint Msdnbhd yang mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Abang Gan serta PanduLaju kerana memberikan kepercayaan untuk membuat tempahan dan pembelian model MPV terbaharu itu menerusi pengedar berkenaan.

Perkongsian berita itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, paling menghiburkan sekali apabila ramai kaitkan dengan hantaran parodi ‘Presiden New Alza Owner’s Club’ yang tular di timeline Facebook ketika ini.

Sumber Gambar: Facebook Alza Club Malaysia
Sumber Gambar: Facebook PanduLaju
Sumber Gambar: Facebook Perodua TriumpPoint Msdnbhd

Pada masa yang sama, ramai mengucapkan tahniah kepada Abang Gan kerana menjadi individu pertama di Malaysia memiliki MPV Perodua Alza 2022, serta memuji servis yang pantas oleh pengedar Perodua berkenaan.

Untuk makluman semua, model Alza 2022 telah menerima lebih 30,000 tempahan awal sejak ia dibuka pada 23 Jun lalu dan para pelanggan yang membuat tempahan sebelum 30 Jun lalu boleh dapatkan kereta masing-masing sebelum 31 Mac tahun hadapan.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Anda boleh tonton pelancaran Perodua Alza 2022 oleh YAB Perdana Menteri melalui pautan di bawah.

Perdana Menteri Lancar Perodua Alza Baharu Dengan Harga Rasmi Bermula RM62,500

Tempahan Perodua Alza Serba Baharu Dibuka Dengan Harga Bermula RM62,000

Perodua Catat Rekod Tempahan Tertinggi Dalam Tempoh 24 Jam Pada Hari Terakhir Jun