Menggunakan iPad sebagai alat bantuan pembelajaran mungkin sesuatu yang baru pada kebanyakan sekolah di Malaysia namun tidak bagi Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Menggunakan iPad seawal 2014, berjaya melayakkan TKC bagi menerima anugerah ‘Apple Distinguished School’ daripada syarikat Apple sendiri.

Berdasarkan ucapan daripada Pengetua Kolej Tunku Kurshiah, Anismah M Noh, selain para guru, sebanyak 700 pelajar Tingkatan 1 sehingga 5 kolej tersebut turut diberikan akses menggunakan iPad secara penuh sebagai langkah untuk menambah pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sumber gambar: Life of Annie

Penggunaan iPad juga dikatakan turut memberikan peluang buat para pelajar untuk mendapatkan ilmu baru secara mudah alih berpandukan aplikasi pembelajaran yang disediakan.

Dalam pada itu, dikhabarkan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) perlu melalui beberapa prosedur terlebih dahulu sebelum dipilih sebagai ‘Apple Distinguished School’. Beberapa wakil syarikat daripada Apple Malaysia akan mula melawat ke kolej bagi merakam cara penggunaan dan pembelajaran menggunakan iPad oleh guru dan pelajar. Seterusnya rakaman yang dibuat akan dihantar ke Apple Amerika Syarikat dimana pengiktirafan kepada Kolej Tunku Kurshiah dibuat.

Pemilihan Kolej Tunku Kurshiah sebagai ‘Apple Distinguished School’ ini sekaligus menjadikan TKC ini sebagai kolej yang terawal menerima anugerah daripada Apple ini.

Sumber