Ini ialah gambar kuali gergasi yang merupakan salah sebuah arca untuk pameran Sculpture by the Sea yang telah diadakan di Pantai Bondi, Sydney, Australia.

Menurut artis yang mengilhamkan arca tersebut, Andrew Hankin, ia bertujuan untuk mengingatkan orang ramai supaya memakai pelindung suria yang sesuai dan meningkatkan kesedaran tentang risiko berjemur terlalu lama, terutama ketika musim panas.

Oleh sebab Australia terletak di hemisfera selatan, maka negara tersebut mengalami musim panas pada bulan Disember, Januari dan Februari.

Arca sebesar 24 meter yang diberi nama “We’re fryin’ out here” ini menarik perhatian kami kerana ia membawa mesej yang lebih kuat berbanding kempen yang serupa melalui media cetak dan media electronik, jika ada.

Sumber: designboom

Like page The Vocket di Facebook