Sejak mula bersiaran dua minggu yang lalu, program realiti terbaharu TV3, Vokal Mania mula mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan. Mamee London Roll merupakan penaja rasmi untuk program realiti Vokal Mania.

Pelakon Wafariena Roslan, penyanyi baharu Afieq Shazwan, personaliti media sosial Nursyafiq Naser dan 21 penyanyi amatur lain merupakan rookie yang perlu berentap dengan empat penyanyi profesional atau pun idol dalam Vokal Mania iaitu Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok.

Formatnya berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) ini akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman. Para Rookie juga dipecahkan kepada 6 minggu untuk berentap dengan Idol mereka.

Nuha Bahrin dan Aisha Retno memenangi Rookie Star Award untuk minggu pertama dan kedua selepas berjaya mendapat undian tertinggi daripada peminat. Setiap undian daripada peminat dan penonton adalah sangat penting supaya rookie favourite anda boleh terus ke peringkat seterusnya.

Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Walaubagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam, dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap. Anda pula hanya boleh memberi 10 undian setiap hari di laman xtra.com.my untuk rookie pilihan anda.

Tip Untuk Beri 40 Undian Extra Buat Rookie ‘Favourite’ Anda!

Para rookie pastinya memerlukan undian anda untuk membantu melayakkan mereka ke peringkat seterusnya. 10 undian sehari ternyata tidak cukup dan sebenarnya ada cara lain untuk anda beri extra 40 undian buat rookie pilihan.

Caranya sangat mudah dan ikut sahaja langkah-langkah ini:

1. Beli #VokalMania Mamee London Roll Kombo (RM25 – 4 pek) Menerusi Mamee Bakery Official di Shopee.

2. Terdapat 4 varian VokalMania Mamee London Roll Kombo iaitu Bundle A, Bundle B, Bundle C dan Bundle D. Beli semuanya untuk lebih undian kepada rookie favourite anda.

london roll
Pilihan kami, London Roll Bundle A

3. Jangan lupa simpan Shopee Order ID selepas checkout

4. Terus ke https://www.xtra.com.my/vokalmania/, cari tab Mamee London Roll dan masukkan order ID untuk EXTRA 40 undian buat Rookie favourite anda.

5. Anda akan terima notifikasi di e-mel mengesahkan undian anda selepas bukti pembelian anda disemak pihak penganjur.

London Roll Undi
Lengkapkan butiran yang diminta dan siap!

Mudah sahaja kan? Bukan sahaja anda dapat undi extra, tetapi ada snek untuk anda makan ketika menonton Vokal Mania nanti!

Teruskan undian anda buat rookie pilihan dan jangan lupa temu janji kita bersama Vokal Mania setiap hari Sabtu, 9.00 malam hanya di TV3.

P/S: Daniel Chuer dan Qiem Churros dah Minggu Ke-3 dan Ke-4. Siapa pula Rookie Star Award untuk minggu ke-5? Sama-sama kita nantikan!

Ramai yang mahukan Azwan Ali terus kekal menjadi pengacara untuk rancangan Lagu Cinta Kita. Klik pada pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Hanya Jadi Pengacara Untuk 2 Episod, Azwan Ali Sah Tinggalkan Rancangan Lagu Cinta Kita?

Rambut Persis ‘Sakinah’, Penampilan Stacy Di Pentas SFMM35 Buat Netizen Terhibur

‘Mr. Hu’ Nama Pengirim Barangan Dari China Ini Cetus Tanda Tanya Netizen