Marcapada ini, mozarella corn dog adalah makanan yang sedang hangat berada di pasaran selain daripada bubble tea. Ia merupakan antara menu yang boleh dikatakan menjadi kegilaan ramai orang berikutan ia mengandungi keju mozarella yang pastinya sedap dan menyelerakan. Adakah anda tahu, harga secucuk corn dog di kedai adalah RM10?

Baru-baru ini, pengguna Facebook Shafika Bakar telah berkongsi resipi membuat corn dog yang viral dalam kalangan rakyat Malaysia hanya bermodalkan bawah RM20, anda boleh dapat banyak berbanding anda beli di luar. Baca perkongsian resipi di bawah:

Bahan-bahan utama:

terbaik

1. Sosej
2. Mozarella blok
*Nota: Harga 1 blok mozarella adalah RM9.90 jika beli di kedai barangan frozen
3. Breadcrumb
4. Lidi

Bahan-bahan untuk adunan tepung:

salut2

1. Tepung gandum 2 cawan
2. Baking powder 2 sudu
3. Garam secubit
4. Gula 1 sudu
5. Susu segar 1 cawan

Cara-cara membuat corn dog:

sosej

1. Potong sosej dan mozarella saiz panjang
2. Cucuk sosej terlebih dahulu, kemudian cucuk mozarella pada lidi
3. Masukkan tepung, baking powder, garam, gula dan susu segar dalam satu bekas dan kacau sebati
4. Selepas itu, salutkan adunan tepung yang telah sebati pada sosej dan mozarella yang telah dicucuk tadi

salut

5. Kemudian, salut pula dengan breadcrumb
6. Lalu, gorengkan ia dengan api yang panas dan minyak yang banyak dan tunggu sehingga warna keemasan
7. Setelah siap digoreng, letakkan sos cili, sos blackpepper, cheese powder dan mayonis

siap

Kini, anda dapat buat sendiri di rumah tanpa perlu beli di luar. Pasti ini menu minum petang yang akan menjadi kegemaran anda dan anak-anak anda kelak.

Sumber