Sebahagian pengguna berpendapat paparan notifikasi iOS 16 dalam keadaan stack atau bertimbun yang timbul dari bawah pada menu utama sangat menjengkelkan. Jadi, ramai yang mahu kembali kepada gaya lama dengan memaparkan notifikasi dengan lebih tersusun.

Apple memperkenalkan paparan notifikasi sebegitu rupa atas dasar mahu memberi peluang buat anda menatap gambar profil yang cantik. Sebenarnya anda boleh menukar gaya paparan notifikasi yang terdapat pada iOS 16 itu. Mari pelajari cara mengubah paparan notifikasi pada iOS 16 untuk lebih tersusun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara mengubah paparan notifkasi pada iOS 16

1. Pertama sekali, pergi ke bahagian Settings dan klik pada Notifications.

Sumber Gambar: Apple

2. Kemudian, pada bahagian Display as inilah anda membuat pertukaran dengan memilih sama ada Count atau List dan ditetapkan sebagai default.

paparan notifikasi ios 16
Sumber Gambar: Apple

3. Selepas ini, notifikasi ini akan dipaparkan dalam senarai menegak untuk pilihan list sementara pilihan count pula bakal diringkaskan kepada jumlah notifikasi apabila dihidupkan.

Untuk makluman, anda boleh mengubah semula kepada tetapan asal ataupun mengubah pada gaya notifikasi lain pada bila-bila masa. Jadi, anda boleh mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu pilihan paparan notifikasi baharu dan mengubah kepada tetapan lain jika perlu pada masa kelak.

Diharapkan dengan tutorial ini dapat menyelesaikan masalah paparan notifikasi yang mungkin menggangu produktiviti seharian anda. Anda boleh kongsikan artikel ini agar boleh membantu mereka yang mungkin juga mahu menukar paparan notifikasi pada iPhone yang digunakan.

Sumber