Passport Malaysia telah melonjak ke tangga ke 5 passport paling berpengaruh dalam ranking dunia di mana rakyat Malaysia boleh mengunjungi 153 negara tanpa memerlukan visa. Namun salah satu negara yang sering diminati backpackers atau travellers iaitu India masih tidak termasuk dalam senarai 153 tersebut.

Hari ni saya nak kogsi salah satu alternatif memohon tourist visa India yang tidak memerlukan kita ke Kedutaan India iaitu melalui E-Tourist Visa (eTV). Semuanya menggunakan online. Ini cara mudah bagi negeri-negeri yang tak ada Kedutaan India ataupun terdapat kekangan masa untuk berurusan di kaunter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang perlu anda tahu mengenai E-Tourist Visa ialah :

1. eTV hanyalah untuk SINGLE ENTRY sahaja

2. Jika anda mohon tourist visa biasa yang memerlukan menghantar salinan dokumen ke Kedutaan India anda akan dapat MULTIPLE ENTRY dan sah dalam tempoh 6 bulan

3. eTV hanya dibenarkan 2 kali dalam setahun

4. Semua proses sepenuhnya melalui online. Tidak perlu hantar hardcopy dokumen di kaunter.

5. Dokumen diperlukan akan di scan dan dilampirkan di dalam borang permohonan online

6. Sila berhati-hati sebab dilaporkan terdapat fake website bagi eTV. Klik link dari official website High Commission of India iaitu di indianvisaonline.gov.in

7. eTV hanya sah digunakan untuk masuk ke India dalam tempoh sebulan dari tarikh kelulusan diberikan. Sebagai contoh jika ingin pergi pada bulan May jangan apply pada bulan Mac. Sila apply mungkin penghujung April.

8. Minimum hari untuk apply eTV ialah sekurang-kurangnya 4 hari sebelum tarikh pergi ke sana

9. Tak semua airport di India menerima kemasukkan pelawat dengan menggunakan e-TV. Hanya 16 airport ini menerima eTV iaitu :

Ahmedabad, Amritsar, Bengaluru, Chennai, Cochin, Delhi, Gaya, Goa, Hyderabad, Jaipur, Kolkata, Lucknow, Mumbai, Tiruchirapalli, Trivandrum & Varanasi.

Baca: Bagaimana Kami Jadi Mangsa ‘Scammer’ Professional Sewaktu Travel Di India

Laman web untuk mohon eTV
Anda akan dapat email macam ni. Boleh print yang lebih elok eTV di website.

Anda juga perlu tahu bahawa:

  1. Untuk keluar dari India pulak tiada halangan untuk keluar dari mana-mana airport.
  2. Bila sampai di airport akan ada kaunter khusus untuk eTV. Data biometrik juga akan diambil di Immigration Counter sana.
  3. Bayaran eTV hanya boleh menggunakan Debit Card dan Credit Card sahaja.
  4. Yuran eTV ialah $48 dan charge 2.5% bank fee dari harga visa. Jika dalam kadar tukaran sekarang jumlah yang perlu dibayar lebih kurang RM218.
  5. Berdasarkan pengalaman saya proses eTV agak cepat dan mudah. Slip email eTV saya dapat dalam tempoh 24 jam selepas saya membuat pembayaran.
  6. Setelah dapat email eTV tu, boleh lah print eTV yang proper dari web. Salinan eTV ni hendaklah sentiasa dibawa bersama-sama passport sepanjang di India.

Maklumat Tambahan

1. Jika pergi sendiri ke Kedutaan India dan mohon visa seperti biasa harga visa hanya RM190 dan sah untuk 6 bulan Multiple Entry.

2. Jika menggunakan Outsource Service Provider iaitu ejen yang telah dilantik oleh Kedutaan India di negeri masing-masing, jumlah yang perlu dibayar ialah RM334.30 dan anda akan dapat Visa Multiple Entry 6 bulan. Ini adalah harga yang saya semak bagi ejen di Kuching.

Untuk mohon E-Tourist Visa pastikan anda scan 2 dokumen ni :

1. Salinan muka depan passport format PDF
Saiz fail : Minimum 10 KB, Maximum 300 KB

2. Gambar passport background putih mengikut ukuran yang ditetapkan ( 2 inci x 2 inci)
Saiz fail : Minimum 10 KB, Maximum 1MB

Tolong betulkan kalau ada info yang tak tepat atau perlu ditambah. Almaklum trip kami ni tahun lepas. Kalau saya, saya memang pilih guna eTV sebab saya bukan jenis ulang ke negara yang sama dalam tempoh 6 bulan jadi saya tak perlukan multiple entry. Boleh jimatkan duit dan masa saya untuk terbang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan visa.

Harap info ni dapat membantu sahabat-sahabat semua.

Baca lagi: 15 Tip Travel Ke Kashmir, Delhi, Agra Dan Jaipur Di India