Pastinya ramai yang teruja apabila AirAsia tawar promosi tempat duduk percuma baru-baru ini. Malah, anda pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli tiket ke destinasi pilihan anda.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ada yang dihalang ‘boarding’ ke Australia walaupun visa telah lulus. Adakah anda tahu bahawa anda boleh refund tiket penerbangan anda?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Nabilah Johar telah berkongsi apa yang anda perlu lakukan jika visa anda ke Australia tidak lulus tetapi tiket penerbangan sudah dibeli.

Untuk pengetahuan anda, beliau telah menghubungi pihak AirAsia lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh penerbangan beliau. Baca perkongsian beliau untuk dapatkan refund di bawah ini.

1. Hubungi pihak AirAsia melalui live chat dalam aplikasi AirAsia atau melalui Twitter yang jauh lebih mudah dan cepat.

2. Kemudian, anda beritahu permasalahan anda bahawa visa tidak lulus dan sertakan bersama screenshot visa refusal memo.

3. Selepas itu, pihak AirAsia akan minta nombor tempahan, nama dan lain-lain.

4. Pihak AirAsia telah kenakan caj pembatalan sebanyak RM140 untuk sehala dan selebihnya pihak AirAsia bayar balik melalui credit account.
*Credit account ini anda boleh gunakan untuk beli tiket penerbangan selepas ini dan juga bayarkan tiket orang lain pun boleh. Adalah diingatkan bahawa credit account ini akan expired dalam masa 3 bulan. Akan tetapi, tidak menjadi masalah jika membeli tiket penerbangan lebih dari 3 bulan asalkan pembayaran dalam masa 3 bulan.

5. Pembayaran semula daripada pihak AirAsia sangat cepat dimana hanya mengambil masa dalam 2 hingga 3 jam sahaja.

Menurut beliau juga, ada kawan beliau yang pernah dapat pembayaran semula penuh daripada AirAsia disebabkan visa tidak lulus kerana claim awal dalam 2 bulan sebelum penerbangan. Jika visa anda tidak lulus kelak, apa kata anda cuba cara yang telah dilakukan oleh beliau. Selamat mencuba!

AirAsia masih lagi tawarkan promosi hebat mereka sekarang. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Promosi 6 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia Kembali Lagi Bermula 4 November 2019

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Dihalang ‘Boarding’ Ke Perth, Australia Di KLIA2

Ikuti Perjalanan Jauh OZ World Menjejaki ‘Wedding Cake Rock’ Di Australia

Sumber