CREATIVE QUESTIONING is one of the techniques yang saya dan suami selalu gunakan untuk meransang creative/logical thinking skills anak kami, Ashraf Haikal.

Kalau anda baca post saya sebelum ni, tentang soalan killer seorang anak terhadap bapanya, sampai tak senang bapaknya nak buang air besar. Amboi ramai betul yang boleh relate dengan kisah tu kan. Ramai rupanya yang kena heret anak sekali masuk toilet bila nak membuang. Hahah.

It’s okay, parents.
Itu cabaran kecik je tu.
Sebab hari ni kita akan balas dendam.
Saya nak share satu teknik powerful iaitu Creative Questioning yang akan buat anak-anak pulak yang fade up nak menjawab soalan kita.

the-right-questions-to-ask

Creative Questioning adalah satu teknik, di mana kita tidak menjawab soalan anak-anak secara langsung dengan ayat penyata, tetapi kita jawab secara tidak langsung dengan bertanyakan mereka semula soalan-soalan killer secara bertubi-tubi, sampailah mereka sendiri jumpa jawapan kepada persoalan tersebut.

Haa mukaddimah je pun dah pening. Betul-betul balas dendam ni.

Saya bagi 2 contoh perbualan kami dengan Haikal, yang menggunakan teknik Creative Questioning.

Baca dan fahami betul-betul pattern soalannya, supaya korang boleh amalkan dengan anak-anak sendiri, dan kongsikan dengan kawan-kawan lain yang juga mempunyai niat membalas dendam.

CONTOH 1:

13442144_1204063252979799_7153500093921658587_n

Haikal: Papa, kuaci tu apa?

Papa: Emm kat mana Haikal dengar perkataan tu?

Haikal: Kat sekolah.

Papa: Oh okay. Siapa yang sebut?

Haikal: Teacher.

Papa: Masa teacher sebut “kuaci” tu, teacher tengah cakap tentang apa?

Haikal: Makanan. Pastu teacher ajar cara kopek kulit dia, pastu makan isi dia.

Papa: Oh maksudnya, kuaci tu boleh makan?

Haikal: Haah. Kuaci tu memang la makanan.

Papa: Haa pandai pun. Kalau boleh dimakan, maksudnya kuaci tu sejenis makanan lah.

Haikal: Tapi kuaci tu ada kulit tau. Kulit dia tak boleh makan. Kena kopek dulu. Macam kacang.

Papa: Ooo.. Habis tu, kuaci ni sebenarnya makanan ke kacang?

Haikal: Makanan pun boleh. Kacang pun boleh. Dua-dua boleh.

Papa: Yeayy betul. ?

CONTOH 2:

13450094_1203368673049257_3454757598310832869_n

Haikal: Mama, kenapa kereta kena ada empat tayar?

Me: Emm..cuba Haikal ambik kereta lego yang Haikal buat malam tadi. Nanti kita find out why.

Haikal: *pergi ambik kereta lego* Haa mama tengok ni. Tayar dia ada one, two, three, four!

Me: Haah betul. Cuba Haikal cabut satu tayar dia. Tengok apa jadi kat kereta tu.

Haikal: *cabut satu tayar* Dia jalan goyang-goyang hahaha kelakarnya!

Me: Haah kelakar kan. Cuba Haikal cabut satu lagi.

Haikal: *cabut satu lagi tayar* Alaa dah senget dah kereta Haikal. Tak boleh jalan dah.

Me: Kalau Haikal cabut semua tayar apa jadi?

Haikal: Alaa taknak lah. Nanti dia tak boleh jalan langsung.

Me: Haah betul. So kenapa kereta kena ada empat tayar?

Haikal: Supaya dia tak goyang-goyang dan boleh jalan shiuuuu lajuuu.

Me: Yeayy betul!

Haikal: Tapi kalau kereta takde tayar langsung pun boleh jugak.

Me: Aikk kenapa pulak? Macam mana dia nak jalan?

Haikal: Kita boleh letak wings. Nanti dia boleh terbang.

Me: Hmm. Dari zaman mama tadika dulu lagi, kalau lukisan tema wawasan 2020, mesti akan lukis kereta ada wings. Ni dah 2016 dah, yang. Elok je semua kereta masih bertayar empat. ?

#prayforwawasan2020
#manakeretaterbangmana?

Heheh.

So itulah serba sedikit contoh yang saya boleh share tentang Creative Questioning.

Slide2

Again, this is a very powerful technique untuk meransang creative/logical thinking skills anak-anak.

Kalau anda mahu anak-anak yang bijak berfikir sebelum berkata-kata, have good problem-solving skills, mempunyai sifat empathy yang tinggi dalam diri, ini salah satu teknik simple yang anda boleh praktikkan sendiri di rumah. Bagus untuk melatih otak anak-anak.

Kalau rasa otak suami/isteri anda pun macam masuk air, mungkin boleh cuba juga teknik ni. Cuma tambah, iringi dengan surah Yasiin.

Sebenarnya ada lagi 4 cara lain yang korang boleh amalkan untuk meransang creative / logical thinking skills anak-anak. Saya pernah share di blog beberapa bulan lepas. Semua pun senang-senang je nak buat.
Kalau belum baca, boleh klik link ini:

Semoga bermanfaat!
Kalau ada ilmu baru lagi, saya share lagi okay!