Sebagai seorang yang memandu Grab dan Uber secara sambilan, saya sentiasa membuat pengiraan bagi memastikan wang yang saya belanjakan tidak melebihi keuntungan bersih yang diperolehi.

Memandu untuk Grab sememangnya lebih menguntungkan daripada Uber kerana jarak ‘pick-up’ yang lebih dekat dan tambang minimum yang lebih tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi hari ini, bukan itu yang saya nak cerita. Saya nak cerita mengenai cara kita boleh kurangkan beban pembayaran apabila tibanya masa untuk kita servis kereta. Iaitu cara sediakan tabung penyelenggaraan kereta.

Baca: Dipaksa Jadi Suruhan Samseng Semasa Bawa Uber, Ini Pengalaman Cemas Aku

Cara saya adalah dengan mengira kadar penyelenggaraan sebanyak RM0.70 bagi setiap 10KM perjalanan. Anda mungkin boleh kurangkan kepada RM0.50 mengikut kemampuan. Tapi janganlah terlalu rendah.

Katakan pada satu hari itu kita memandu sejauh 30km, kita masukkan ke dalam tabung penyelenggaraan sebanyak RM2.10 untuk hari tersebut. Dan begitulah seterusnya.

Kereta pada masa kini biasanya perlu diservis setiap 10,000KM. Dan ada ‘interval’ yang memerlukan kita melakukan ‘major service’. Jika kita ikut betul-betul cara penyimpanan wang sebegini, untuk setiap 10,000KM, kita sudah pun ada RM700 (jika 70 sen setiap 10km) atau RM500 (jika 50 sen setiap 10km). Biasanya servis asas (tukar minyak enjin, oil filter, dsb) tidak akan mencapai sebanyak yang kita kumpul itu.

Duit lebihan itu boleh dibawa ke hadapan untuk servis yang seterusnya, atau untuk kecemasan seperti tayar koyak atau bengkak dan perkara-perkara lain.

Dengan menyimpan secara berkala, kita dapat mengurangkan beban pembayaran ‘lump sum’ apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini atau apabila tiba waktu servis.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Baca lagi: Mahu Mendapatkan Uber Atau Grab? Tempah Sahaja Melalui Google Search