Selalunya apabila jalan jauh ataupun nak balik kampung itu, wajib singgah Shell dahulu untuk isi minyak dan beli jajan. Kalau admin, wajib beli keropok, coklat, asam dan air kotak. Barulah tidak mengantuk apabila nak drive nanti.

Anda nak tahu tidak, Shell dan BonusLink mahu beri anda aiskrim Cornetto dan air kotak MILO UHT apabila anda berbelanja di Shell! Mesti anda mahu tahu macam mana nak dapatkan semua ini, bukan? Jom admin bagitahu!

Berbelanja di Shell dengan kad BonusLink dan tebus ganjaran menarik!

04-Reminder-2-R2

Untuk pengetahuan anda, bermula 17 Ogos hingga 27 September ini, anda boleh gunakan aplikasi atau kad mudah alih BonusLink untuk menebus aiskrim Cornetto atau MILO UHT (200ml) dengan berbelanja minimum sebanyak RM40 di stesyen Shell seluruh negara. Bestnya!

Selepas 5 hari pembelian, E-baucar akan dihantar ke aplikasi BonusLink  untuk anda buat penebusan.

Nikmati ganjaran sehingga 3x ganda dengan BonusLink di Shell!

hand-holding-bonuslink-card-with-shell-station-in-background

Berita baik buat ahli BonusLink, anda juga boleh menikmati bonus berganda sepanjang kempen ini berlangsung.

Ini bermakna, untuk setiap liter minyak yang anda isi atau setiap RM1 perbelanjaan di kedai Shell, anda layak untuk mendapatkan mata ganjaran sehingga 3 kali ganda!

Bolehlah tebus aiskrim Cornetto atau air kotak MILO UHT banyak-banyak dan berkongsi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan!

Bukan ahli BonusLink? Jangan risau, anda masih boleh menikmati ganjaran menarik ini dengan mendaftar secara PERCUMA di stesen Shell berdekatan atau jadi ahli melalui aplikasi BonusLink!

Apa tunggu lagi, jom la ke Shell sekarang. Bila sudah tebus ganjaran tu, jangan lupa belanja admin aiskrim tau!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Shell.

*Tertakluk terma dan syarat.

Sementara itu, kami ingin kongsikan tips jaga kenderaan yang mungkin berguna untuk anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

5 Tip Asas Penjagaan Kereta Sempena Musim PKP

Bercadang Untuk Dapatkan Kereta Terpakai? Baca 18 Tip Ini Dulu