Kita sering dengar berkenaan FYP di platform TikTok yang mana menjadi dambaan ramai. Dengan FYP, video anda akan dipaparkan secara meluas di bahagian menu utama di platform tersebut.

Namun, masih ramai yang tidak mengetahui cara sebenar untuk menyemak sama ada video yang dimuat baik sudah FYP atau belum. Boleh ikuti tutorial yang dikongsikan oleh @acesmartphonehq untuk berbuat sedemikian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara mengetahui video sudah FYP

1. Buka mana-mana video yang sudah dimuat naik pada akaun.

Sumber Gambar: TikTok @acesmartphonehq

2. Tekan titik tiga yang berada di penjuru bawah kanan.

Sumber Gambar: TikTok @acesmartphonehq

3. Lalu, klik pada Analytics.

Sumber Gambar: TikTok @acesmartphonehq

4. Akhir sekali, anda skroll ke bawah sehingga nampak bahagian For You. Pada bahagian ini, anda boleh mengetahui peratusan video yang ditonton sama ada daripada FYP atau pun hanya pengikut sahaja.

Sumber Gambar: TikTok @acesmartphonehq

Perlu diingatkan, akaun anda mestilah sudah ditetapkan kepada business untuk menerima hasil analitik tersebut. FYP bakal menarik pengikut baharu di samping menerima promosi secara percuma di halaman utama aplikasi tersebut.

Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang boleh mengetahui sama ada video mereka pernah FYP atau pun tidak. Dengan mengetahuinya, mereka boleh menyediakan sajian konten yang lebih menepati algoritma FYP TikTok.