Hello semua! Rasanya semua orang mempunyai smartphone ketika ini dan majoriti memang suka sangat tengok video di smartphone. Nak tahu kenapa rakyat Malaysia suka sangat tengok video?

1. Sebab anda lagi suka tengok benda bergerak daripada membaca

Betul tak? Buat apa membaca kalau sekarang ni semua benda pun dalam bentuk video kan? Macam-macam jenis video bermanfaat boleh didapati. Dari video resipi ke bersenam, semuanya ada!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Mengisi masa ketika bosan

Lebih-lebih lagi bila naik KTM atau LRT dekat Malaysia ni kan? Tak adalah kita bosan sepanjang perjalanan. Masa pun rasa laju sahaja. Tengok-tengok dah sampai.

3. Ikut trend semasa

Semua medium media sosial dah mula mengaplikasikan penggunaan video. Kalau dulu kena type bila nak up status, sekarang ni kita boleh muat naik video terus dekat twitter. Tak payah dah ikut had 140 huruf.

Facebook juga pernah mengumumkan, untuk tahun-tahun berikutnya mereka akan lebih menitikberatkan video. Sebab tu lah sekarang ni ada feature Live Video kat Facebook tu. Perasan tak artis-artis seperti Yuna dan Elizabeth Tan yang cun itu sekarang selalu sahaja buat sesi Live video dengan peminat di Facebook?

Kita pun boleh guna Facebook Live! Kalau nak update rakan-rakan social media tentang perkembangan diri, kita on je Facebook Live. Tak payah dah susah-susah type panjang lebar. Guna video lagi best sebab ada audio dan visual. Lagi-lagi kalau tengok crush kita tengah live kan? Boleh cakap ‘Hi’ terus kepada si dia. Eh.

joker

Tetapi kalau nak tengok video lebih-lebih, internet data kita pun kenalah melebih-lebih kan? Kalau nak upload video, stream Facebook Live dan macam-macam lagi, data yang dia makan memang banyak sangat. Memang potong dan sakit hati betul kalau sesuatu seperti ini terjadi di pertengahan jalan ketika anda sedang tonton sesuatu video. Biasanya kalau video buffering ini, anda sudah menggunakan data internet anda secara maksima.

2-aint-nobody

Sebagai seorang pengguna yang bijak, pasti anda tertanya-tanya macam mana nak atasi masalah ini? U Mobile adalah jawapannya! Sebab U Mobile ada Video-Onz yang Awesome!

Pertama sekali pasti anda terfikir dan tertanya-tanya apa itu Video-Onz? Video-Onz adalah servis U Mobile untuk anda stream video online 24/7 setiap hari,setiap masa secara PERCUMA! Anda boleh tonton video tanpa menggunakan servis data telefon anda. Kalau macam ni, sampai malam pun tak tidur sebab layan video sampai ke pagi.

3-flip-hair

Streaming tanpa batasan Video-Onz ini adalah untuk semua pelanggan U Mobile yang melanggan pelan Hero P98, i130,Ultimate Device 135 dan MB128. Kalau anda pelanggan salah satu daripada pelan ini, maka bolehlah anda menonton video secara online sampai lebam. Tetapi anda perlulah mendaftar dalam salah satu pelan yang dinyatakan di atas untuk menikmati servis Video-Onz ini secara unlimited.

Bagaimana pula kalau anda tidak melanggan pelan Hero P98, i130,Ultimate Device 135 dan MB128? Jangan risau anda tetap dapat quota tambahan data Video-Onz untuk melayari video di 21 partners Video-Onz ini . Cuma quota data Video-Onz yang anda terima akan berbeza bergantung kepada pelan yang anda langgani.

onz

Dan baru-baru ini, U Mobile tambah 3 lagi partner untuk Video-Onz ini iaitu Facebook, Netflix dan Twitter! Bolehlah tengok marathon siri ‘Stranger Things’ nanti. Kalau sebelum ini anda berjimat untuk tonton video best di Facebook, lepas ini dah tak perlu lagi untuk berjimat. Stream sahaja video yang berada di timeline anda. Bolehlah lihat berulang kali video tips tempat-tempat makan menarik di page Facebook The Vocket. Yeah! Tak lupa juga di Twitter. Video di Twitter pun Video-Onz payung!

putin

Aduh, best betul U Mobile ni. Kalau anda dah tukar ke U Mobile nanti, bolehlah SWITCH OFF dekat kawan-kawan anda. Tunjuk kepada mereka betapa hebatnya Video-Onz ini. Silap-silap semua rakan anda pun bertukar ke U Mobile secara berjemaah. Jom Onz ke U Mobile skarang!

P/S : Jangan cakap U Mobile tak payung =)