Ramai yang menggunakan Instagram untuk berkongsi momen-momen gembira bersama yang tersayang. Apa reaksi anda apabila anda muat naik gambar di Instagram dan anda mungkin menang trip percuma ke Korea bersama pasangan? Mestilah best! Semuanya mudah kerana anda hanya perlu sertai cabaran #RentakBahagia di Instagram.

Jadi pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu Rentak Bahagia? Rentak Bahagia adalah tema untuk kempen kemerdekaan Yeo’s Malaysia sempena bulan kemerdekaan ini. Kempen ‘Yeo’s I Love Malaysia’ adalah inisiatif Yeo’s untuk sama-sama memeriahkan lagi bulan kemerdekaan negara kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi Yeo’s ingin anda menggunakan laman Instagram untuk anda sebarkan cinta & bahagia; sama ada keluarga, rakan-rakan, komuniti dan negara yang tercinta kerana cinta itu luas dan tidak terbatas kepada cinta kepada pasangan anda sahaja. Disebabkan itulah tema #RentakBahagia ini dipilih.

Sebagai menghargai sokongan rakyat Malaysia terhadap produk Yeo’s yang awesome, oleh itu, Yeo’s nak terbangkan 3 pasangan yang bertuah untuk makan angin ke Korea. Bestnya! Semuanya mudah kerana anda hanya perlu sertai cabaran Instagram #RentakBahagia di Instagram.

https://www.instagram.com/p/BIb0NTuh9Ss/

Bermula 28 Julai hingga 15 Oktober 2016, Jom sahut cabaran Yeo’s dengan ikut langkah mudah. Cara-caranya adalah:

1. Ambil foto yang berkonsepkan ‘cinta’, contohnya – foto keluarga, kawan karib dan sebagainya.
2. Muat naik foto ke laman Instagram individual masing-masing.
3. Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt. hashtag tambahan adalah dibenarkan.
4. Kait (tag) lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini!

Kalau anda nak buat video pun tiada masalah. Untuk penyertaan video, anda ikut pula langkah-langkah ini.

1. Rekod video durasi 30 saat hingga 1 minit berdasarkan lagu #RentakBahagia Akim & Stacy. Nyanyian dan tarian adalah dibenarkan. (*Lagu boleh didapati laman Youtube Yeo’s Malaysia pada 20 Ogos 2016)
2. Muat turun video ke laman Instagram individual masing-masing.
3. Gunakan hashtag #RentakBahagia bersama #YeosYeogurt, hashtag tambahan adalah dibenarkan.
4. Kait (tag) lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini!

Kalau anda tertanya-tanya bagaimana video atau gambar yang perlu dihantar untuk penyertaan ini, boleh lihat beberapa penyertaan yang sudah dihantar di laman Instagram. Mudah saja. Tak complicated pun.

https://www.instagram.com/p/BI7Z1BFAEjD/

Memang macam-macam gaya dari orang ramai yang menyertai pertandingan ini. Tengok, kalau anda nak luahkan rasa sayang pada hamster anda yang comel pun tiada masalah. Janji ianya kreatif dan menunjukkan rasa sayang anda yang mendalam kepada yang tersayang.

Selepas berakhirnya peraduan ini, 3 pasangan akan dipilih dan diterbangkan ke Korea! Tetapi jangan risau kalau anda tak terpilih untuk ke Korea, ada hadiah sagu hati untuk anda. 11 hadiah sagu hati ke taman tema seperti Sunway Lagoon, Lego land dan sebagainya bersama keluarga tercinta bakal menjadi milik anda sebagai hadiah sagu hati. Awesome!

Apa tunggu lagi? Anda sudah boleh mula bergambar dengan yang tersayang dan jangan lupa letakkan hashtag #RentakBahagia. Jika anda mahukan sebarang maklumat lanjut atau update berkenaan peraduan ini, boleh ke laman Facebook Yeo’s di sini atau terus ke laman Instagram Yeo’s di sini. Moga-moga anda terpilih sebagai salah satu pasangan yang dapat terbang ke Korea untuk makan kimchi.