Semasa peringkat awal bank di seluruh Malaysia minta kad debit anda ditukarkan kepada yang baru iaitu debit pay wave, waktu itu Maybank menawarkan pertukaran yang lebih unik khas untuk pelanggan mereka di mana mereka diberi pilihan untuk reka bentuk kad debit mengikut citarasa sendiri.

Tapi sayangnya, tidak ramai yang mengambil manfaat ini. Ada yang menganggap ianya leceh dan lambat. Ada juga yang tidak kisah, janji kad boleh digunakan seperti biasa. Buat anda yang sukakan kelainan, atau masih tidak tahu bagaimana membuat custom design untuk kad debit Maybank, kali ini kami kongsikan tutorial mudah berserta tips untuk anda mula reka bentuk kad debit anda sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tutorial ini dibawakan khas untuk anda oleh Dr.Drone atau Arif Azhar. Jom ikuti langkah di bawah.

Tips untuk kad nampak lebih awesome:

1. Elakkan guna gambar putih sebab nanti nombor kadnya tak nampak, jadi cari gambar background yang gelap.

2. Pastikan muka korang jelas dan tidak tertutup dengan objek-objek yang ada pada kad tersebut.

3. Cubalah bermain-main kontra dengan warna kuning Maybank sampai nampak cantik.

Langkah 1

Klik link ini, kemudia lihat bahagian ‘How To Apply” seterusnya klik link click here seperti di dalam gambar di atas.

Langkah 2

Tekan  ‘Accept’

Langkah 3

Tekan ‘use custom image’

Pastikan:
1. Optimal image resolution ialah: 1036 x 664 pixels @ 300 dpi
2. Jangan biarkan mana-mana ruang putih. Gambar mesti penuh pada keseluruhan kad.
3. Format: jpg, png, gif
4. Max file size: 10 MB

Langkah 4

Sebelum tekan finalize, anda boleh adjust gambar, nak rotate, scale, brightness, atau flip. Semua ada di sebelah kiri dan kalau nak tukar gambar lain, tekan ‘choose different image’.

Selepas puas hati dengan gambar yang dipilih tekan finalize dan klik submit.

Langkah 5

Isi maklumat yang diperlukan, seperti email, nombor kad pengenalan dan cawangan Maybank tempat pengambilan kad. Ingat! Pilih cawangan Maybank yang berhampiran dengan rumah anda supaya senang nak ambil kad bila siap nanti.

Langkah 6

Selepas pembayaran, tunggu sekejap sampai keluar “popup”. Kos untuk buat kad Maybank gambar sendiri adalah RM26.50. Ingat! Pastikan anda enable kan Popup Blocker untuk payment gateway.

Thank you, we will notify you via e-mail within 1 business day.

Siap! Selalunya kad akan siap selepas 14 hari dan tunggu sampai Maybank call suruh ambil kad.

Kalau ada masalah dengan payment, boleh telefon center di talian 1300 88 6688.

Tahniah kerana berjaya mencuba!