“Cik, cukai jalan cik sudah tamat tempoh.” Berderau darah sekiranya anda ditanya soalan ini ketika menyusuri road block yang dibuat oleh pihak berkuasa.

Kadangkala kita terlepas pandang yang insurans serta cukai jalan kita sudah hampir tamat tempoh. Mungkin dengan kekangan masa, kita tidak sempat untuk ke agen insurans kenderaan untuk memperbaharui insurans serta cukai jalan kereta.

Namun, itu semua bukan lagi masalah kerana pengguna kenderaan yang bijak kini memilih laman Bjak.my untuk menyelesaikan pembaharuan cukai jalan dan insurans mereka. Ini antara sebab mengapa Bjak.my menjadi pilihan ramai bagi menguruskan perkara ini.

1. Terima sebutharga dalam masa 5 minit sahaja

Di Bjak.my, anda akan terus diberi sebut harga dalam masa 5 minit sahaja! Anda cuma perlu bayar dan tunggu sahaja cukai jalan anda dipos ke rumah. Tambahan pula, tiada caj tersembunyi dikenakan. Mudah bukan?

2. Perbandingan harga insurans

point 2
Tahukah anda? Dalam satu kajian, kebanyakan syarikat insurans dan takaful mempunyai perbezaan harga sehingga 40 peratus?

Bjak.my menawarkan lebih daripada 10 syarikat insurans dan takaful untuk dibandingkan seperti Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Zurich Takaful, Liberty Insurance, MSIG dan banyak lagi. Jadi anda pilih sahaja yang mana paling berbaloi pada bajet anda.

3. Semua jenis kenderaan persendirian

Bjak.my

Di Bjak.my anda boleh memperbaharui insurans untuk semua jenis kenderaan persendirian di Malaysia termasuk kereta, motosikal, kenderaan terpakai berusia lebih 20 tahun, kenderaan dimiliki pemegang pasport, tentera, polis atau syarikat dan pemandu e-hailing.

4. Mudah dan cepat

Kami sudah mencuba sendiri Bjak.my dan memang mudah untuk memperbaharui cukai jalan dan insuran di sini. Anda hanya perlu masukkan butiran kenderaan anda seperti nombor pendaftaran kenderaan, nombor kad pengenalan serta nama penuh pemilik dan anda boleh terus dapat sebut harga secara percuma!

Jika anda setuju, anda terus sahaja buat bayaran dan jika tidak setuju, anda boleh dapatkan sebut harga daripada penyedia insurans lain di Bjak.my. Laman Bjak.my juga sangat mesra pengguna dan proses untuk anda renew cukai jalan ini boleh siap dalam masa kurang 10 minit.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menerima sebut harga melalui aplikasi WhatsApp dan e-mel. Apa yang anda perlu ada hanyalah telefon pintar atau komputer kemudian klik sebut harga yang diberikan.

Kini semuanya di hujung jari. Cukai jalan dan insurans sudah hampir tamat tempoh? Boleh lawat Bjak.my di sini.

3 juta pemilik kenderaan sudah menggunakan Bjak.my. Kini giliran anda pula untuk cuba. Bila dah cuba baru tahu ini adalah cara paling bijak untuk renew cukai jalan serta insurans kenderaan peribadi anda.

Ini pula artikel tentang apa yang perlu anda buat sekiranya berdepan dengan kemalangan. Baca lagi pada pautan di bawah.

16 Langkah Buat Tuntutan Insuran Bila Kereta Anda Kemalangan

Jalan Tutup Lori Kemalangan, ‘Abang Polis’ Jadi Penyelamat Hantar Pemuda Ini Ambil Peperiksaan