Situasi jerebu yang melanda negara ketika ini berada pada paras sangat tidak sihat nyata menimbulkan kebimbangan ramai pihak. Asap jerebu mampu menyebabkan gangguan terutamanya kepada golongan berisiko. Justeru, penggunaan penutup muka atau Face Mask dialu-alukan sebagai perlindungan ketika aktiviti luar.

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis Face Mask dijual di pasaran iaitu jenis ‘surgical mask’ dan N95 (Respirator N95). Menurut pakar kesihatan, jenis topeng muka N95 adalah yang paling sesuai kerana ia melekap pada muka, berupaya menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial Mohd Fadhli Mohd Fauzi berkongsi di Facebooknya panduan dan cara yang tepat untuk mendapatkan keberkesanan memakai topeng muka N95 terhadap jerebu.

Menurut beliau, saiz yang betul dan sesuai adalah ‘kunci’ kepada pemakaian topeng muka ini kerana ia akan lebih berkesan sekiranya dipakai dengan sempurna mengikut ukuran muka pemakainya.

Kemudian langkah seterusnya, anda perlu melakukan positive fit test iaitu memegang bahagian depan mask dengan satu tapak tangan dan cuba hembus. Setelah itu, lakukan pula negative fit test dengan cara pegang bahagian hadapan mask dengan satu tapak tangan dan tarik nafas dalam-dalam. Sekiranya topeng tersebut mengembang dan tiada angin yang masuk melalui bahagian tepi topeng ini, maka ia sesuai untuk anda.

topeng 95
Contoh topeng N95

Bagaimanapun, topeng muka N95 ini tidak sesuai untuk dipakai dalam jangka masa yang panjang terutamanya bagi golongan berisiko seperti wanita mengandung, kanak-kanak, individu dengan penyakit paru-paru , dan orang tua kerana ia akan meningkatkan daya untuk bernafas dan mengurangkan gas dalam paru-paru.

Beliau juga faham pemakaian mask ini akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pemakainya dan mungkin akan ada yang cuba ‘adjust’ sehingga topeng jadi longgar dan tidak fit. Sebaiknya pemakaian ini terhad untuk tempoh 1 jam sahaja.

Perkongsiannya ini mendapat perhatian daripada warganet dan rata-ratanya berterima kasih untuk info tersebut.

Screenshot_20190919-092927

Screenshot_20190919-092938

Screenshot_20190919-092942

Bagaimanpun, keberkesanan pemakaian topeng muka N95 ini sebenarnya bergantung kepada cara pakai individu dan keselesaan individu. Jika teori sahaja hebat, tapi praktikalnya lemah belum tentu ianya akan berkesan. Oleh itu, nasihat beliau kepada orang ramai supaya kurangkan aktiviti di luar rumah dan sentiasa pakai topeng muka ini sekiranya ada keperluan untuk aktiviti luar.

Adalah penting untuk kita semua ambil tahu topeng jenis manakah yang paling sesuai dipakai dan bagaimana cara pemakaian yang betul untuk mengelakkan diri daripada terkena bahaya asap jerebu ini. Dibawah kami sertakan tip pemakanan sihat semasa jerebu.

7 Tip Pemakanan Sihat Semasa Jerebu Oleh KKM

5 Sebab Masyarakat Jepun Gemar Pakai Topeng Muka

Lihat Betapa Parahnya Jerebu Di Indonesia Ketika Ini