Jepun telah dilanda Taufan Hagibis dan seramai 35 orang maut dalam bencana tersebut. Bagi anda yang tidak tahu, Taufan Hagibis merupakan gabungan hujan lebat dan angin kencang terkuat.

Berikutan hujan lebat yang berlarutan, Jepun juga telah dilanda banjir dan apa yang menarik perhatian adalah air banjir di Jepun kelihatan bersih serta tiada sampah terapung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika berlakunya banjir, pasti akan menjejaskan kehidupan seharian dan menyebabkan kerugian kepada mangsanya. Akan tetapi, teknologi dan cara yang dilakukan oleh Jepun berjaya mengurangkan kerugian rakyatnya disamping berjaya untuk mengawal banjir.

Rata-rata netizen kagum dengan inovatif yang dilakukan oleh Jepun dan bangga dengan pencapaian Jepun. Malah, ada juga netizen yang berharap di negara mereka kelak akan ada inovatif seperti itu.

Sekatan atau flood barriers yang boleh dibuka secara automatik ketika menghadapi ribut atau banjir ini sangat hebat kerana dapat mengelakkan stesyen dan laluan keretapi bawah tanah dimasuki air. Sekatan ini juga turut digunapakai di pusat membeli belah.

Kita dapat lihat Jepun sememangnya jauh ke depan dan mungkin negara kita juga boleh mengambil contoh Jepun untuk menambah baik kemudahan sedia ada. Malah, mungkin dengan inovatif ini dapat membantu jika berlaku bencana banjir di negara kita.

Anda mungkin berminat untuk lihat Tokyo bertukar ‘Ghost Town’ kerana taufan Hagibis ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Lihat Tokyo Bertukar ‘Ghost Town’ Kerana Taufan Hagibis

Penempatan Mangsa Bencana Alam Ini Boleh Dijadikan Inspirasi Untuk Membantu Pasca Banjir 2014

Jepun Sudi Menerima Sampah Dari Negara Asia Tenggara

Sumber