Bagaimana untuk bercuti di Perth jika anda seorang solo traveller dan tidak menyewa kereta,hanya Rm600 for 5D4N! Perghhh tajukkkk lain macam.

Kebiasaanya orang akan share pasal sewa caravan dan sewa kereta kan? Jadinya bila travel solo, kos agak tinggi untuk sewa kereta. Kenalah cari alternatif lain. Btw aku tak pergi Lancelin and Pinnacles sebab memang tiada pengangkutan awam ke sana.

Sesuai untuk yang tiada masa dan mahu bajet yang minimum,okay? Nah sedikit info dan tips untuk dikongsi.

Ringkasan kos dan bajet:

27/8/2016
Aud 10 simcard Optus
Aud 4.60 (Bus Airport to Elizabteh Quay)
Aud 5.1 Bas (Blue Boat House)
Aud 12 (Makan)
Hostel 60 Aud for 4 Night.
Total Hari 1 = 91.7

28/8/16
Aud 4.6 + 4.6 Train Ticket ( Perth -Fremantle-Perth)
Aud 20 Makan
Aud 20 Souvenir
Total Hari 2 = Aud 49.2

29/8/2016
Aud 4.6 + 4.6 Train + Bus (Perth-Caversham-Perth)
Aud 27 Caversham Entrance Fee
Aud 5 Makan
Total Hari 3 = Aud 41.2

30/8/2016
Aud 3 Ferry Tiket Swan River
Aud 5 Makan
Total Day 4 : Aud 8

31/8/2016
Aud 4.6 Elizabeth Quay to Perth Airport
Aud 5 Makan.i
Total Hari 5 : Aud 9.6

TOTAL Aud 199.7 x  3.1 =Rm619.07. Gua bawa 500Aud kah kah kah.
Tiket kapalterbang : Rm460 return.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-1

Hari 1 – 27/8/2016
Hi Perth! Jarak perjalan dari KLIA2 ke Perth IA adalah 5 jam lebih. Dan anda akan turun di Terminal 1. Dari Perth Terminal 1 untuk ke Perth City/CBD, anda boleh menaiki bas No 380. Dan akan berhenti di Elizabeth Quay Bus Station, AUD4.60 sahaja!
Kings Park
Jacob’s Ladder
John Oldham Park
Blue Boat House
Masa ni suhu boleh tahan 12C jaaa.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-15

Sampai Perth Airport, sila kutip siap siap map ni semua. Dekat Perth gua pakai sim Optus. Sehari AUD 2 untuk 500mb. Jadi 5 hari 10 AUD, lebih dari cukup.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-2

Di Perth City terdapat bas percuma dikenali sebagai CAT Bus (Central Area Transit). Untuk maklumat lanjut dan info boleh lawati laman web Transperth. CAT Bus meliputi 4 zone – RED, YELLOW, BLUE AND GREEN.

Dia macam bas Rapid KL tapi jenis free,macam RED Cat Wangsa Maju-KLCC, macam tulah agaknya. Untuk menjimatkan bajet kau orang dari segi pengakutan, boleh tinggal di hostel / hotel / apartment yang berdekatan atau walking distance dengan CAT Bus Station ni.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-3

Kings Park

Dari Perth City boleh menaiki Green CAT Bus dan berhenti di hentian bas no 16  -Kings Park Rd atau Red CAT no 19 – Ord Street, ni jalan kaki sikit.

Kings Park adalah salah satu taman yang terbesar di dunia dan terdapat monumen pahlawan, dan disini anda boleh melihat Perth City keseluruhannya.

Mmacam Bukit Ampang tengok Kotaraya KL. Masa aku dekat sini tengah ada majlis peringatan sempena Kemerdekaan Malaysia. Lain macam bila mana kau tengok jalur gemilang berkibar megah.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-4

Gambar Atas : Jacob’s Ladder, dari Kings Park hanya sejauh 500m. Ada 242 anak tangga.

Gambar Bawah : John Oldham Park. Berjarak 500m sahaja dari Jacob’ Ladder. Jika anda masuk taman ni rasa macam dalam cerita Alice In Wonderland. Taman yang seakan pulau yang dikelilingi sungai dan kolam yang dipenuhi itik dan swan yang jinak.

Dalam taman ni ada gelongsor sepanjang 30 meter. Agak seronok dia macam mana? Find it. Anda tak akan menyesal.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-5

Blue Boat House(Crawley Edge Boatshed).
Dari Elizabeth Quay anda boleh ambil bas no 950 dan berhenti betul-betul di hentian bas depan boat house ni. Kalau anda dari Oldham Park, anda keluar taman dan pergi bus stop Mount Hospital. Tunggu bas 950 tiket Aud 2.10.

Dari sini aku ambil bas NO 950 yang menghala ke Elizabeth Quay untuk kembali ke Perth City. Tiket Aud3.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-6

Di Perth aku tinggal di Wombat Backpacker Hostel. AUD 15 per night includes breakfast. Di sini anda boleh memasak. Lagi jimat bukan?

Ambil RED CAT bus, dan turun hentian bas no 29 – Queens Gardens. Hostel dalam 50 meter dari sini.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-7

Hari 2 -28/7/2016
So hari kedua, aku habiskan sepanjang hari dekat Fremantle. Yes tempat yang terkenal makan Fish N Chips tu dan ada Harbour tu.

Jadi dari Perth City, anda ambil keretapi dari Perth Station to Fremantle, yang mana Fremantle ni terletak di Zone 2. Tiket keretapi berharga AUD4.60. Di Perth Station anda  naik RED Cat Bus Stop 10 & 25,Yellow Cat 15& 24. Sesambil tu anda teroka la Fremantle town ni. Tenang ja pekan dia.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-17
Fremantle market.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-8

Dari Fremantle Train Station, anda boleh je jalan kaki nak ke Harbour. Atau anda boleh naik Fremantle CAT Bus yang FREE juga (RED & BLUE) Esplanade nama hentian bas dia  tapi aku lupa nombor berapa.

Kalau anda naik BLUE Cat kau singgah la South Beach. Lawa bak hang pantai dia.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-9

Nah, dah sampai Fremantle benda wajib makan apa lagi. Fish N Chips laaa. Ikut anda la nak makan Kailis ke Cirrelos ke.

Ni gua makan dekat Cirrelos. Gua ambil seafood platter AUD 20. Nangis. Btw hati- hati dengan seagull. Sesambil makan anda pasanglah lagu Aisyah – Camar yang pulang.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-10

Di Fremantle ada pasar setiap hari Jumaat sampai Ahad. Dan ni salah satu pasar yang paling meriah. Untuk beli souvenir E SHED  cari kedai nama Megabes, jujur gua cakap souvenir dia paling murah. Hoodie dari 6.5 Aud je. Anda beli dekat perth AUD 15. Padan muka. E Shed ni dekat je dengan Fremantle Train Station.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-21
South Beach -Freamantle — in Perth, Australia.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-11

Hari 3 – 29/8/2016
(Drum sound) “Tak Perth kalau tak pergi Caversham.”

Jadi dari Perth Station anda boleh naik keretapi sampai ke Bassendean Station, yakni zone 2. Harga tiket AUD4.6.

Bila dah turun train boleh terus naik bas 955 & 956 dan turun ke Whiteman Park. Tak perlu beli tiket baru. Tunjuk je tiket keretapi tadi, takpun cakap je dekat pemandu bas tu, dia orang akan beritahu.

Dah sampai Whiteman Park, dekat pintu masuk tu ada satu pondok telefon untuk hubungi shuttle bas ke Caversham Wildlife Park.

Jika nak jalan kaki boleh tapi 2 km la menapak. Dah sampai Caversham, bayaran AUD 27 untuk orang dewasa.

Dah selesai bergambar dengan kangaroo boleh naik shuttle bas keluar balik ke hentian bas Whiteman Park. Tunggu dekat stesen bas Whiteman Park tu dan bayar tiket bas sekali dengan keretapi pada pemandu bas tu. Cakap saja Perth Station.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-29

Dalam Caversham tu ada banyak section. Pandai-pandai lah tengok peta dan tentatif show. Kangaroo memang dia biar je anda boleh pegang bila-bila masa. Koala, wombat dan lain-lain ada waktu-waktu tertentu.Kangaroo dia punyalah jinak.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-19
Beb, kangaroo pun reti senyum. — in Perth, Australia.
tip-travel-solo-ke-perth-australia-20
Shuttle Bus di Whiteman Park — in Perth, Australia.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-12

Hari 4 – 30/8/2016
Gua plan nak ke Rottness Island. Tapi apakan daya tiket feri hanya tinggal waktu petang sahaja.

Untuk ke Rotness Island sila buka Rotness express punya website. Kemudian minta deal punya harga kalau tak sia-sia la kena bayar dekat 100AUD seorang.

Aku dapat AUD59 tapi sebab waktu petang jadi aku tak jadi pergi. Mana sempat nak snorkeling dan pusing pulau naik basikal.

Jika nak ke Mandurah pun boleh. Naik keretapi pergi tengok ikan lumba-lumba, tapi pakej pun penuh.

Jadi hari ke 4 ni aku habiskan pusing Perth City. Dan anda pergi lah naik feri seberang Swan River. Harga tiket Aud 3 (pergi balik). Macam feri Pulau Pinang.

Kalau dekat Perth City ni anda pergilah Area Murray Street, Bell Tower dan Elizabeth Quay Bridge, Perth Arena dan di Perth City banyak kedai Halal. Nak jumpa orang Malaysia pun senang.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-13

Inilah night view dari Elizabeth Quay Bridge. Bell Tower ada sebelah kanan Elizabeth Quay Bridge. Nak lagi view cantik anda boleh naik Kings Park.

Oh ye masa ni suhu 9C. Gua lepak dekat 2 jam kat sini sambil pasang lagu Radiohead – Creep bilas dengan Oasis – Dont look back an anger. Kah kah kah.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-14

Hari 5 – 31/8/2016
Hari ke 5, gua pergi ke port membeli belah paling power dalam Perth -Watertown Brand Outlet Centre. Macam JPO dan Mitsui tapi sini serius murah gila.

Automatik gua jadi Personnel Shopper. Nak ke sini anda boleh ambil Yellow Cat bus, stop no 17 & 22. Siapa gila Quicksilver, Ripcurl,Cotton On, Fossil dan sebagainya, sila tahan nafsu membeli.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-16

AUD 7 je gais untuk semua ni. Nak lagi bajet boleh beli barang dekat Woolworths.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-18
Murray Street.
tip-travel-solo-ke-perth-australia-22
Dapur Hostel Wombat Backpackers.
tip-travel-solo-ke-perth-australia-23
Fremantle Town.

tip-travel-solo-ke-perth-australia-24

Baca lagi: 26 Tip Bercuti Bersama Keluarga Di Perth, Australia