Bermula hari ini, 13 Januari sehingga 26 Januari 2021 nanti, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan sebanyak 6 buah negeri telah dikenakan pelaksanaan PKP dan PKPB bagi mengelakkan dan mengurangkan penularan COVID-19.

Tetapi pasti ada pihak atau individu yang perlu merentas negeri/daerah bagi menjalankan urusan harian. Di sini kami ingin kongsikan cara untuk mendapatkan permit pergerakan dalam tempoh PKP dan PKPB ini berkuatkuasa.

#PKP #PKPB #COVID-19HEBAHAN: MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PKP DAN PKPB BAGI TUJUAN RENTAS NEGERI ATAU…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, January 12, 2021

1. Muat turun Borang Permit Pergerakan mengikut lokasi tempat tinggal anda melalui pautan di bawah.

– Kawasan PKP: Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan), Melaka, Johor Dan Sabah. Muat turun Borang Permit PKP

– Kawasan PKPB: Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Muat turun Borang Permit PKPB

2. Buat dua (2) salinan dan isi borang permit tersebut dengan lengkap. (Kalau tidak lengkap, akan menyukarkan permit tersebut mendapat kelulusan)

3. Hubungi balai polis yang berhampiran untuk jadualkan janji temu untuk menyerahkan kedua-dua salinan borang permit tersebut.

4. Hadir ke balai polis pada masa yang telah dijadualkan dan berikan kedua-dua salinan borang permit yang lengkap kepada pegawai polis yang bertugas ketika itu.

Sekiranya borang permit anda telah mendapat kelulusan, bawalah kenderaan merentasi negeri/daerah ke destinasi yang hendak dituju dengan secara berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya. Lebih-lebih jika anda mahu menuju ke negeri/daerah yang sedang mengalami musibah banjir ketika ini.

Jangan pula anda menyalahgunakan permit tersebut yang akan mengakibatkan anda didenda atau lebih buruk lagi, pihak kerajaan akan mengetatkan lagi SOP untuk merentas negeri/daerah yang menyukarkan lebih orang ramai pada masa akan datang.

Ini pula kisah seorang lelaki yang menjual kereta Nissan GTR miliknya bagi membiayai urusan amal. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lelaki Ini Sanggup Jual Nissan GTR Miliknya Untuk Biayai Dana Kerja Amal

Risau PKP Yang Bakal Berlangsung, Barangan Di Pasar Raya Sekali Lagi Habis Diborong

PM Umum PKP Selama 14 Hari Di 6 Buah Negeri Bermula Rabu Ini

Anda Mungkin Suka