Pada hujung 2019, kerajaan mengumumkan hampir RM7 bilion Wang Tak Dituntut telah diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Menurut JANM, Wang Tak Dituntut ini adalah merupakan wang yang perlu dibayar kepada tuan punya badan tetapi tidak dibayar dalam tempoh tidak kurang satu tahun seperti gaji, bonus, komisen, serta tuntutan insurans yang telah diluluskan.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini di mana orang ramai yang ingin menyemak WTD ini perlu ke hadir ke pejabat akauntan negeri, pihak kerajaan melalui JANM bermula tahun ini telah pun memudahkan cara untuk kita membuat semakan.

Kini, untuk menyemak WTD milik masing-masing kita hanya boleh menggunakan laman sesawang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti yang dikongsikan pengguna Facebook ini.

Ikut sahaja empat langkah yang telah dikongsikan Puan Siti Hadjar ini dan siapa tahu mungkin anda ada sejumlah Wang Tak Dituntut?

Langkah 1:  Layari https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2: Mendaftar sebagai pengguna di portal eGumis. Kemudian masukkan info yang dikehendaki seperti dalam gambar ke dua dan buka email untuk sahkan link yang diberi.

Langkah 3: Log Masuk masukkan maklumat yang dikehendaki seperti dalam gambar.

Langkah 4: Masukkan IC individu yang kita nak check.

Kami pun dah cuba ikut langkah-langkah yang disediakan ini dan berjaya membuat semakan seperti yang dikongsikan.

Bagi anda yang ingin mencuba, hanya dua semakan sahaja dibenarkan dalam masa sehari.

Jika semakan mendapati anda mempunyai WTD, anda perlulah memuat turun borang tuntutan atau boleh terus ke pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi langkah seterusnya.

Tahun 2020 adalah tahun yang penuh dengan ganjaran buat rakyat Malaysia. Selain WTD, kita juga boleh menuntut RM30 e-Tunai di applikasi e-wallet. Tidak tahu cara untuk melakukan tuntutan, kami ada kongsikan cara tuntutan sebelum ini di bawah. 

Ini Caranya Untuk Menebus e-Tunai Rakyat Sebanyak RM30 Bermula Hari Ini

Netizen Luah Kekecewaan Sukar Lakukan Penebusan e-Tunai

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula 18 Januari Ini

Sumber