Setiap kali kita melancong, pasti kita akan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Anda pasti pernah berasa bimbang jika melancong secara solo dan tiada siapa yang boleh ambilkan gambar dengan baik.

Jangan risau, ini kerana saudara Ashraff telah berkongsi tip bagaimana ingin mengambil gambar cantik tanpa bantuan orang lain di Twitter miliknya. Baca perkongsian beliau di bawah:

1. Gunakan tripod

EEaMS1xU8AIK4eH

Carilah tripod yang tinggi dan ringan sebab anda boleh adjust angle dan kedudukan kamera mengikut kemahuan. Sekiranya anda ada tripod, anda boleh mengambil gambar dengan mudah sama ada landscape ataupun potrait.

2. Cari angle yang unik

EEaOeHtU0AA2_15

Ambil gambar daripada angle yang anda tidak biasa lihat. Kalau anda guna eye view, orang sudah biasa tengok and tidak kagum sangat. Cuba gunakan low angle ke atau paras pinggang atau mungkin high angle jika tempat tiu sesuai untuk letak tripod.

3. Letak kamera disebalik objek

EEaPDYnUwAA3ztx

Dalam terma fotografi, orang sebut ini sebagai framing. Seperti anda ingin letak frame pada gambar anda. Sebagai contoh, kalau anda mahu ambil gambar kuil, anda boleh jadikan bunga-bunga sebagai frame.

4. Gunakan grid

Grid itu garisan melintang pada aplikasi kamera anda. Kalaulah tidak dibuka, anda boleh hidupkan pada setting. Kemudian, hidupkan juga auto HDR jadi kalau tempat gelap sangat, telefon anda boleh bagi gambar anda lebih jelas. Letak subjek pada pangkah.

5. Aplikasi lightroom atau snapseed

Saya suka sangat aplikasi lightroom ini disebabkan interface simple dan semua yang saya nak sudah ada di sini.

6. Penggunaan warna tidak keterlaluan

Cara anda pilih warna gambar ibarat anda makeup muka anda. Tidak terlalu kontra dan tidak terlalu pekat warnanya. Anda adjust sikit sahaja warna dan kalau nak letak filter, pastikan tidak melampau kesan dia pada gambar.

7. Jaga exposure dan lighting

Masa nak ambil gambar, tekan pada skrin biar betul-betul fokus pada subjek. Lighting pun biar based on subjek. Baru tidak gelap sangat atau terlebih cerah.

Adakah perkongsian ini berguna buat anda? Anda tidak perlu lagi bimbang jika anda melancong secara solo dan risau gambar tidak cantik apabila ditangkap oleh orang lain.

Bakal melancong tidak lama lagi? Baca tip dan trik untuk dapatkan harga hotel dengan harga yang murah.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

7 Tip Untuk Penerbangan Lebih Selesa Dan Murah Dengan AirAsia

Ini 20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan

Sumber