Apple sedia menawarkan ciri Emergency SOS pada iPhone untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan kecemasan dengan pantas dan mudah. Malah, ciri ini sudah berjaya menyelamatkan nyawa seseorang apabila berlakunya kemalangan.

Walaupun ciri ini sudah tersedia secara automatik pada iPhone, anda sebenarnya boleh menetapkan cara untuk membuat panggilan kecemasan apabila ia diaktifkan dalam kemalangan. Anda boleh ikuti tutorial cara menetapkan Emergency SOS pada iPhone untuk persediaan kecemasan.

Baca Juga:

Cara menetapkan Emergency SOS pada iPhone

1. Mula-mula sekali, anda perlu pergi ke Settings pada iPhone.

2. Klik pada Emergency SOS.

Sumber Gambar: Apple

3. Pilih cara yang anda ingin gunakan untuk membuat panggilan kecemasan sama ada dengan menekan butang kuasa sebanyak lima kali dengan pantas menerusi Call with 5 Presses untuk memulakan countdown atau pun Call with Hold yang memerlukan anda menekan butang kuasa dan butang volume serentak.

Sumber Gambar: Apple

4. Setelah selesai memilih satu cara di atas, anda sudah boleh gunakan Emergency SOS pada iPhone.

Anda boleh menetapkan ciri ini bermula dengan model iPhone 8 dan ke atas untuk kegunaan kecemasan. Buat pemilik siri iPhone 14, anda sudah hadir dengan ciri Crash Detection yang bakal diaktifkan secara automatik apabila anda menghadapi kemalangan.

Ciri ini sangat penting untuk dihidupkan untuk persediaan kecemasan. Anda perlu kongsikan artikel ini kepada semua kenalan yang menggunakan iPhone. Dengan mengaktifkannya, mereka yang terlibat boleh mendapatkan bantuan kecemasan dengan lebih pantas di lokasi kejadian.