Tular menjadi buah mulut orang ramai serta para netizen pada hari ini apabila dividen bagi Amanah Saham Berhad (ASB) bagi tahun kewangan 2020 diumumkan. Penawaran dividen yang terendah dalam sejarah ASB sejak 1990 secara tidak langsung turut menjemput kepada pelbagai komen daripada pihak netizen.

Seperti yang ramai sedia maklum, dividen ASB bagi tahun kewangan 2020 telah diumumkan dengan sebanyak 4.25 seunit dan bonus sebanyak 0.75 seunit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
81576653531_freesize (1)
Sumber: Astro Awani

Dalam pada itu, pengiraan dividen ASB bagi tahun ini nampaknya sedikit berbeza berbanding tahun lalu apabila ASB mengumumkan bonus EHSAN di mana bonus ini cuma ditawarkan buat 30,000 unit pertama sempena ulang tahun ke-30 ASB.

Menerusi dividen yang ditawarkan, pelabur yang mempunyai simpanan 30,000 tidak berubah selama 12 bulan bakal menerima seperti berikut.

130895067_2062144707254020_3921498580726438363_o

Agihan pendapatan: 30,000 unit x 3.50sen = RM1,050
Bonus 30,000 unit x 0.75sen = RM225
Bonus Ehsan RM30,000 x 0.75sen = RM225
Jumlah dividen yang diterima termasuk bonus = RM1,500

Sehubungan dengan itu, para pelabur yang mempunyai jumlah simpanan yang tinggi khususnya mereka yang membuat pembiayaan ASB sekadar menerima 4.25% buat jumlah unit yang melebihi 30,000 unit pertama. Kami kongsikan jumlah yang diterima buat pelabur yang mempunyai simpanan sebanyak RM200,000 atau 200,000 unit.

Agihan pendapatan: 200,000 unit x 3.50sen = RM7,000
Bonus 200,000 unit x 0.75sen = RM1,500
Bonus Ehsan RM30,000 x 0.75sen = RM225
Jumlah dividen yang diterima termasuk bonus = RM8,725

Diharap perkongsian ini secara tidak langsung dapat memberi pencerahan kepada para pelabur ASB. Kongsikan juga artikel bermanfaat ini kepada kenalan anda yang turut melabur dalam ASB.

ASB sekali lagi mencatatkan dividen yang boleh dikatakan dalam paras yang rendah. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut adakah ASB masih releven untuk dilabur atau sebaliknya.

Pulangan Pelaburan ASB Terendah, Masih Relevan Atau Kita Perlukan Instrumen Pelaburan Lain

ASB Umum Dividen 4.25 Peratus Dengan Bonus 0.75 Seunit, Agihan Terendah Sejak 1990