Anda pasti menghadapi senario apabila kenalan meminjam telefon untuk tujuan selfie lalu mengakses gambar peribadi tanpa diketahui. Salah satu cara untuk atasinya adalah dengan menetapkan Face ID untuk sembunyi gambar peribadi pada album khas.
Semua ini boleh dilakukan dengan kemas kini terbaharu iOS 16 pada iPhone yang digunakan. Dengan ciri sekuriti ini, pengguna selain anda tidak boleh mengakses album Hidden dan Recently Deleted yang telah ditetapkanĀ dengan Face ID. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk menetapkan Face ID pada album tersebut.
Baca Juga:
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
Cara menetapkan Face IDĀ pada iPhone
1. Pertama sekali, pergi pada bahagian Settings.
2. Kemudian, pilih aplikasi Photos.
3. Lalu, skrol ke bawah dan aktifkan fungsi sekuriti Face ID dengan klik pada butang di sebelah Use Face ID.
4. Selepas itu, setiap kali ingin membuka album Hidden atau Recently Deleted perlu menggunakan Face ID.
5. Untuk menyembunyikan gambar anda pula, pilih mana-mana gambar peribadi menerusi album Recent.
6. Tekan simbol tiga titik di bahagian bawah kanan skrin.
7. Pada menu yang terpapar, klik Hide.
8. Akhir sekali, anda hanya perlu tekan Hide Photo. Gambar yang dipilih akan disimpan dalam album Hidden dan hanya boleh diakses oleh anda sahaja.
Dengan ciri ini, anda sebagai pengguna akan merasa lebih selamat kerana gambar peribadi tidak boleh diakses dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak berkaitan.
Diharapkan dengan tutorial ini memberikan kefahaman untuk menetapkan ciri Face ID bagi melindungi gambar peribadi anda. Malah, gambar yang tersimpan di dalam album tersebut tidak boleh diakses biar pun iPhone telah dinyah aktifkan.