Apple Pay sudah pun tiba di Malaysia sejak Ogos lalu, kini giliran Google Wallet pula diperkenalkan secara rasmi buat pengguna tempatan pada hari ini. Dengan pengenalan ini, ia boleh memudahkan pelbagai urusan harian termasuklah pembayaran dan juga pas digital dengan lebih lancar.

Setelah sekian menunggu ciri pembayaran digital ini, para pengguna sudah pasti tidak sabar untuk mengetahui cara aktifkan Google Wallet untuk kegunaan seharian selepas ini. Anda boleh ikuti tutorial yang terperinci di bawah untuk berbuat sedemikian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara aktifkan Google Wallet pada peranti Android

1. Muat turun aplikasi Google Wallet menerusi Google Play Store dengan klik di sini.

2. Tekan Add to Wallet.

Sumber Gambar: Google Wallet

3. Kemudian, pilih Payment Card.

Sumber Gambar: Google Wallet

4. Selepas itu, masukkan butiran kad yang mahu dipautkan.

5.  Anda bakal dipaparkan terma dan syarat lalu tekan More dan Accept sebaik sudah dibaca.

6. Masukkan kod yang diberikan menerusi SMS, e-mel atau hubungi bank dan kini anda boleh tetapkan Google Pay sebagai mod pembayaran.

Untuk makluman, Google Wallet menyokong kad kredit CIMB Bank, kad kredit Visa dan kad debit Hong Leong Bank, kad debit Mastercard Hong Leong Islamic Bank dan kad kredit dan debit Visa Public Bank. Buat pengguna HSBC juga boleh menikmati pada masa kelak selepas dimaklumkan oleh pihak perbankan anda.

Sumber Gambar: 8guava.com

Selain menggunakan telefon pintar Android, anda juga boleh menggunakannya menerusi jam pintar Google Wear. Menariknya, pas masuk AirAsia juga boleh ditambahkan pada Google Wallet tersebut dan juga bakal menyusul untuk Malaysia Airlines tidak lama lagi.

Seperti Apple Pay, anda boleh melakukan pembayaran Google Pay ini di kedai-kedai yang menyokongnya dengan hanya tap pada terminal pembayaran. Dalam masa yang sama, anda perlu memastikan sokongan NFC diaktifkan terlebih dahulu sebelum boleh menggunakannya.