Pada bulan ini, Instagram telah melancarkan fungsi terbaru pada aplikasi mereka iaitu Instagram Stories. Untuk pengetahuan anda, Instagram mempunyai fungsi yang mirip seperti aplikasi Snapchat.

Daripada 2 minggu pertama pelancaran, dilihat orang ramai lebih memihak untuk menggunakan Instagram Stories berbanding Snapchat. Mungkin juga disebabkan bilangan pengguna yang lebih ramai dan aktif di Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2016-08-24 at 8.35.40 PM

Dalam pada itu, Instagram sehingga hari ini masih belum mengemaskini laman web mereka untuk menyertakan fungsi terbaru ini. Buat anda biasa menggunakan Instagram di web pasti anda tahu untuk menonton imej dengan paparan yang lebih besar dan jelas.

Bagi anda yang masih ingin menggunakan mengakses Instagram Stories di web anda tidak perlu risau. ‘There’s an extension for you’. Terdapat pembangun yang telah menyediakan chrome extension untuk anda dapatkan akses ini secara percuma. Dapatkan extension IG Stories disini.

Sumber