Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum, aplikasi permesejan WhatsApp baru-baru ini telah mengeluarkan fungsi baru buat para pengguna dengan penawaran sticker.

Penggunaan sticker ini secara tidak langsung berjaya merancakkan lagi perbualan lebih-lebih lagi melalui perbualan kumpulan. Menariknya, melalui penawaran fungsi terbaru ini, WhatsApp turut memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan sticker anda sendiri untuk kegunaan di dalam perbualan. Berikut merupakan cara-cara untuk menghasilkan sticker khusus buat pengguna Android.

1. Dapatkan aplikasi WAStickerApps

45967225_2187267004659394_2507895283182993408_n

2.  Mula membuat sticker dengan klik ‘New pack’

45965134_2187267054659389_5388851679099617280_n

3. Pilih nama yang sesuai untuk koleksi sticker anda

45875616_2187267107992717_1640994050456682496_n

4. Masukkan gambar yang anda mahukan dijadikan sticker

46133184_2187267171326044_2153960544581713920_n

5. Tambahkan koleksi sticker yang dibuat pada WhatsApp anda

46093277_2187267294659365_2276879295957696512_n

6. Klik pada butang sticker untuk memilih sticker yang anda hasilkan

46074301_2187267337992694_2075601434656636928_n

7. Koleksi anda bakal tersedia pada paparan  WhatsApp

46202219_2187267371326024_8438168585406251008_n

Mudah bukan? Kini tiba giliran anda untuk mencubanya serta berkongsi bersama WhatsApp Group anda.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →
Artikel di atas disumbangkan oleh Nur Aima. Beliau merupakan seorang penulis.. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.