Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, pembelian barangan atas talian melalui platform e-dagang seperti Shopee semakin menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dek kerana peningkatan kuantiti pembelian dan jualan, sesetengah daripada kita menghadapi masalah lambat untuk menerima barang-barang yang telah dibeli. Hal ini tidak lain tidak bukan disebabkan oleh lambakan parcel yang diterima dan dikendalikan oleh syarikat-syarikat kurier

Namun, selain daripada lambakan parcel di pusat pengeposan yang menjadikan ia lambat untuk dihantar ke rumah-rumah, terdapat juga dalam kalangan pengguna yang keliru apabila barangan mereka lambat untuk disediakan bagi urusan pengeposan atau dalam istilah mudahnya belum di ‘shipped out’ oleh penjual.

Hal ini berlaku walaupun pembeli sudah pun melengkapkan pembayaran dan terpaksa menunggu masa yang lama untuk penjual mengirimkan barang-barang jualan mereka.

Namun sekiranya perkara itu berlaku selepas ini, anda tidak lagi perlu risau kerana melalui perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, Amin Jasni menjelaskan anda sebenarnya boleh memohon refund daripada Shopee sekiranya situasi tersebut menimpa diri anda.

Beliau yang menghadapi masalah barangan tidak dihantar selepas sebulan pembayaran dilakukan berkongsi tip yang disediakan oleh Facebook Tips Gajet untuk menebus kembali pembayaran daripada pihak Shopee jika mengalami situasi itu.

Menurut perkongsian yang dibuat laman tersebut, terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sekiranya seperti yang dikongsikan di hantaran mereka sebelum ini seperti di bawah.

  1. Salin nombor Order ID

2. Masuk ke menu Setting

3. Pilih Help Centre

4. Buat pertanyaan melalui e-Mail

5. Lengkapkan borang yang disediakan serta sebab kenapa anda memerlukan refund untuk dilakukan (untuk kes ini sila pilih Return & Refunds).

6. Akhirnya, wang anda akan dikembalikan oleh pihak Shopee selepas melalui proses yang telah ditetapkan. Bagaimanapun dalam contoh ini, nilai tersebut dikreditkan ke dalam akaun ShopeePay.

Jadi kepada anda yang mengalami masalah penjual berlengah untuk menghantar barangan yang telah dibeli selepas ini, anda boleh lah mengikuti perkongsian yang telah dibuat oleh laman Facebook ini.

Bagaimanapun, jika ianya masih berada dalam tempoh masa yang dijanjikan oleh pihak penjual dan Shopee, adalah lebih baik untuk kita bersabar menunggu pengiriman yang akan dilakukan.

Ini kerana seperti kita sedia maklum, syarikat-syarikat penghantaran dan penjualan ini mengalami peningkatan pesanan yang mendadak sejak PKP dilaksanakan di negara kita.

Netizen sebelum ini hangat membicarakan agar pekerja-pekerja penghantaran ini diberikan bonus berikutan beban kerja yang meningkat sejak PKP dilaksanakan. Baca perkongsian kami di pautan di bawah untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. 

Didakwa Tidak Diberi Bonus Tahun Ini, Netizen Simpati Dengan Nasib ‘Abang Posmen’

Lambakan Parcel Ketika PKP, Pos Laju Tawar Kerja Dengan Komisyen Mencecah RM6,000