Berbincang mengenai produk sudah pastinya pemasaran antara yang menjadi kunci utama dalam membantu sesebuah produk dikenali ramai. Hal ini secara tidak langsung bakal membantu meningkat penjualan produk berkenaan.

Lambakan saluran pemasaran pada masa kini sekaligus memberi pelbagai pilihan buat para usahawan SME memasarkan produk mereka. Dalam pada itu, tahukah anda terdapat saluran pemasaran yang targeted atau tepat mengikut data dalam memudahkan pengguna memasarkan produk mereka kepada 15.8 juta pengguna di Malaysia?

Bagaimana pemasaran dalam talian memanfaatkan usahawan SME?

Menerusi program Wanita Hari Ini yang berlangsung pada 28 Oktober 2022, Fahrin Ahmad selaku hos telah menebual Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia, Ashran Dato’ Ghazi dan juga Razaleigh Zain sebagai Perancang Strategik REV Media Group dalam membincangkan soal pemasaran produk secara dalam talian.

Menurut Razaleigh Zain, pihak REV Media Group bertanggungjawab dalam membantu para usahawan PKS atau SME menjalankan pengiklanan berpandukan data dan juga meningkatkan kesedaran mengenai manfaat serta akses membuat iklan secara dalam talian menerusi program yang bakal dijalankan iaitu OHSEM ADS 2022.

Mengapa OHSEM ADS 2022 tertumpu kepada usahawan SME?

Sering kali apabila membincangkan soal pemasaran dalam talian, platform seperti media sosial dan Google antara yang sering disebutkan ramai.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu para usahawan SME juga turut berpeluang untuk beriklan menerusi laman web seperti SAYS, Berita Harian, SirapLimau, VOCKET dan lain-lain lagi di bawah kendalian REV Media Group.

Kejayaan pengiklanan menerusi REV AD Manager

Mengulas mengenai kejayaan pengikalanan menerusi REV AD Manager, kumpulan ini tampil berkongsi tiga jenama SME yang sudah menjalankan iklan, dan mendapat hasil yang memuaskan iaitu Crowdfactor X yang berjaya meraih 54,000 tontonan untuk acara livestream.

Syariakt Bawalz pula berjaya meraih hasil jualan tudung sulam tangan yang meningkat sehingga RM10,000 sepanjang 2 minggu beriklan berbanding RM7,000 sebulan tanpa iklan REV. Sebuah lagi syarikat adalah Kiddocare yang merekodkan jumlah pendaftaran untuk khidmat profesional penjagaan anak sehingga dua kali ganda.

Menawarkan pakej pengikalanan serendah RM800 sahaja

Untuk pengetahuan, usahawan SME yang hadir ke acara OHSEM ADS 2022 akan menerima akses akaun REV Ad Manager untuk kegunaan mereka. Menerusi REV Ad Manager, mereka boleh menjalankan iklan dengan mudah keraena REV Ad Manager akan kenalpasti laman web REV yang sesuai mengikut pilihan audiens SME.

Pihak REV juga turut menawarkan pakej pengiklanan yang OHSEM serendah RM800 untuk SME. Mereka yang ingin cuba mengiklan di NST, Vocket, SAYS dan lain-lain boleh merasai keberkesanannya pada harga yang istimewa, tetapi hanya boleh didapati di OHSEM ADS 2022 sahaja.

Acara OHSEM ADS 2022 sedia dibuka secara percuma

Khusus buat para usahawan SME yang berminat, anda berpeluang mendaftarkan diri pada acara percuma OHSEMADS yang bakal berlangsung pada 3 November 2022 ini Mines 2, Seri Kembangan.

Menariknya, para usahawan SME turut berpeluang menghadirkan diri serta menuntut hadiah percuma bernilai RM750 dengan menggunakan kod baucar REVOHSEM untuk membuat tuntutan. Ketahui lebih lanjut dan daftarkan diri dengan klik pada laman ini.