Sejurus selepas pelancaran telefon flagship terbaru Samsung, Note 7 tidak menunggu lama untuk mendapatkan berita yang sangat ‘epic’ sepanjang sejarah telefon pintar. Beberapa kes direkodkan melibatkan letupan telefon Galaxy Note 7.

Pihak Samsung nampaknya sangat responsif untuk mendapatkan telefon Note 7 yang dijual dengan menawarkan set baru yang dijamin tidak lagi mengalami masalah letupan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan beberapa laporan, set terbaru Note 7 bakal tampil dengan ‘battery indicator’ bewarna hijau berbanding putih seperti sebelum ini. Langkah yang menjimatkan daripada Samsung untuk mengesahkan set terbaru mereka.

Samsung Galaxy Note 7 Note7

Samsung juga bakal menamakan set terbaru Note 7 dengan Samsung Galaxy Note 7S dimana ‘S’ membawa maksud ‘safety‘ bagi mengelakkan daripada sebarang kekeliruan pengguna.

Kami harap ini bukan gimik terbaru Samsung untuk melariskan jualan. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan ‘S’ yang lebih sinonim dengan Apple.

galaxy-note-7-front-on-wood

Sebelum itu, Samsung mengesahkan telah mengeluarkan ‘update’ terbaru dimana membenarkan cuma bateri dicas sehingga 60% sahaja. Hal ini berikutan untuk mengelakkan daripada sebarang letupan berlaku.

Samsung melihat idea untuk mengehadkan bateri ini sebagai langkah untuk mendapatkan semula telefon yang dijual dengan lebih cepat. Kami tak pasti adakah langkah ini releven atau sebaliknya.

Buat pengguna Malaysia, dikatakan Samsung Malaysia akan mula menerima telefon yang telah dijual bermula 27 September 2016 ini. Diharap anda tidak overcharge dan menjaga telefon anda dengan baik untuk mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Sumber