Jika minggu lalu kita ada berbicara mengenai gambar Dr Amalina digunakan untuk promosi ubat kencing manis di Whatsapp, kali ini giliran Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pula menjadi mangsa seterusnya.

Ia susulan penggunaaan gambarnya yang disenaraikan sebagai salah seorang ahli lembaga di sebuah syarikat perlombongan yang dikenali sebagai Kashi Mining pada semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Dr Noor Hisham di akaun media sosialnya yang menjelaskan penggunaan gambarnya dan menyenaraikan beliau sebagai COO syarikat dan nama Aidan Razif itu adalah tidak benar.

118582533_3247180498663880_8982811351638323734_o
Tangkap layar laman sesawang tersebut. Foto Facebook Gags Malaysia

Manipulasi dan bahaya

Penjelasan daripada Dr Noor Hisham yang dibuat malam semalam itu menerima reaksi pelbagai daripada netizen dan telah dikongsikan sehingga 480 kali sehingga pagi ini.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut juga berang dengan tindakan yang digunakan scammer tersebut yang cuba untuk memanipulasi orang ramai dengan menggunakan identiti antara individu terkenal di negara kita ketika ini.

kom21
ANTARA komen ditinggalkan netizen
222
ANTARA komen ditinggalkan netizen

Semakan kami untuk mengakses laman sesawang tersebut pada pagi ini bagaimanapun tidak berjaya apabila notis 509 Bandwidth Limit Exceeded.

Bagaimanapun laporan New Straits Times pada semalam melaporkan syarikat itu memperkenalkan diri mereka sebagai syarikat perlombongan batu permata dan memiliki lombong mereka sendiri mereka di Afrika.

Syarikat yang beralamat Jalan Patau-Patau, Labuan itu juga mendakwa mereka adalah syarikat yang pernah memenangi anugerah dan turut menggunakan gambar individu lain dari Malaysia untuk memperdayakan orang ramai.

Baca juga perkongsian kami tentang penjual ubat kencing manis yang menggunakan imej Dr Amalina untuk mempromosikan produk mereka sebelum ini di pautan di bawah. 

Nama Digunakan Untuk Promosi Ubat Kencing Manis, Dr Amalina Minta ‘Miera’ Henti Kelirukan Orang Ramai

Lihat Bagaimana Scammer Menyamar Sebagai ‘Pilot’ Di Facebook Untuk Tipu Wanita Tempatan

Bayaran Penuh Dibuat Tetapi Rumah Terbengkalai, Netizen Bongkar ‘Scam’ Syarikat Milik Artis Veteran