Furious 7 adalah filem ketujuh bagi siri Fast & Furious. Siri pertama dimulai dengan The Fast & The Furious yang ditayangkan pada tahun 2001.

Francais ini mendapat sambutan yang hangat sehinggalah ke siri ke 7 dengan tajuk Furious 7.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan jumlah kutipan di seluruh dunia sebanyak US$1.15 bilion (RM4.25 bilion) Furious 7 kini merupakan filem yang mendapat kutipan tiket ke 7 tertinggi sepanjang zaman.

Ia menjadi filem pilihan No 1 untuk minggu ke 3 berturut-turut. Ia juga merupakan filem dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia oleh penerbitnya iaitu Universal Studio.

Adakah anda minat dengan Furious 7? Kereta apakah yang menarik minat anda di dalam siri Fast & Furious?

Sumber: Variety.com

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram