Semakin dekat menjelang lebaran, semakin berlumba-lumba syarikat besar atau orang ramai keluarkan iklan raya. Itulah antara keunikan Malaysia, kemeriahan menjelang raya diraikan oleh semua orang dengan pelbagai cara kreatif.

Terbaharu, iklan raya keluaran Julie’s Biscuits sudah mula menjadi buah mulut orang ramai. Ini semua gara-gara Amerul Affendi yang bertindak selaku pemain utama membawa watak seorang pengarah yang mahu menyiapkan sebuah iklan menjelang hari raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi usaha Amerul untuk menyiapkan tugasannya dihalang oleh para pelakon -Fauziah Nawi, Sharifah Shahirah dan Batrisyia – yang banyak mempersoalkan skrip dan pengarahannya.

Untuk pengetahuan semua, iklan keluaran Julie’s Biscuits ini diarahkan oleh Junad M. Nor dan diterbitkan oleh Nadirah Zakariya. Junad di dalam ciapannya di laman Twitter menyatakan bahawa ini adalah iklan raya pertama arahannya.

Iklan ini difokuskan untuk mengangkat wanita sebagai individu penting di setiap aspek kehidupan termasuklah iklan raya. Selain daripada itu, ia juga dilihat sebagai kritik sosial terhadap iklan raya yang selama ini tidak dapat lari daripada jalan cerita yang sedih.

Sejak dimuat naik beberapa hari yang lalu, iklan raya keluaran Julie’s Biscuits telah mendapat lebih 100,000 tontonan di dalam Youtube. Di media sosial kebanyakan netizen memuji cara simpleĀ iklan ini dipersembahkan.

‘Sudah masuk tidak jumpa pintu keluar’ – iklan kedai Eco Shop ini buat netizen terhibur. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Sudah Masuk Tidak Jumpa Pintu Keluar’- Iklan Kedai Eco Shop Ini Buat Netizen Terhibur

4 Pelakon Iklan Judi Raya Cuma Dibayar RM200 Setiap Seorang

Akui Terdesak Perlukan Wang, Pelakon Iklan ‘Tidak Sedar’ Promosi Aktiviti Judi Sempena Aidilfitri