Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Pada ketika ini netizen masih tidak berpuas hati apa individu berperwatakan ‘mat rempit’ hadir ke sekolah didakwa untuk memberikan motivasi kepada para pelajar.

Pelbagai kecaman dilontarkan oleh warganet sehingga penganjur tampil memberikan penjelasan sebenar mengenai isu terbabit.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menurut hantaran Facebook ‘Meja Kerja Rizan Hassan’, kehadiran individu terbabit ke sekolah baru-baru ini bagi menjayakan inisiatif ‘Cerita Orang Gagal (COG)’ dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar bahawa setiap orang ada peluang untuk berkembang melampaui dan mengatasi kegagalan masa lalu.

Sumber Gambar: Facebook Meja Kerja Rizan Hassan

Untuk mesej yang hendak diketengahkan pada tahun ini, COG membicarakan isu mengenai ‘BULI ITU JENAYAH’. Penganjur telah tampilkan seorang bekas pembuli, Emam Sapekri yang juga mempunyai masa lalu yang negatif kemudian menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney dan berjaya mendapat 8A untuk peperiksaan SPM.

Turut di bawa sama ialah seorang individu influencer TikTok berperwatakan mat rempit, ‘Haqiem Stopa’ yang telah dan sedang dibuli di alam maya atau lebih dikenali dengan perkataan ‘kecam’, salah satu kaedah buli yang popular di kalangan masyarakat kita.

@beliamahir

Steady @emam_sapekri , Duta Belia Mahir berkongsi pengalaman Cerita Orang Gagal – Buli Itu Jenayah di SMK Sungai Besi KL #projekbeliamahir #ceritaoranggagal #malaysia #fyp #fypシ #beliamahir #skill4youth

♬ Epic trailer music(838696) – Lyrebirds music

“COG telah banyak menjelajah ke seluruh negara (sekolah, komuniti, kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta) dengan menampilkan bekas pesalah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan dadah dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yang teruk di dalam kehidupannya untuk berkongsi pengalaman hidup.

Di penghujungnya, jika anda di kalangan orang berjaya mungkin akan terdorong untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat dan jika anda di kalangan yang gagal akan rasa diri anda tidak keseorangan dalam menghadapi ranjau kehidupan ini,” petik hantaran Facebook ‘Meja Kerja Rizan Hassan’.

Tambah penganjur lagi, tiada sebarang ‘bayaran dan sumbangan’ dikenakan sama ada kepada penceramah, penganjur mahupun sekolah terlibat. Kos perjalanan dan penginapan juga adalah tanggungan sendiri.

Pada masa sama, penganjur meluahkan rasa cukup gembira kerana pihak sekolah berikan sijil penghargaan dan menjamu ‘Nasi Lauk Ayam Merah’ bagi menghargai kehadiran mereka.

Menerusi salah satu video dimuat naik, Jelajah ‘Cerita Orang Gagal’ itu akan bersambung pada hari esok di salah sebuah sekolah di kawasan Petaling Jaya, Selangor dan beberapa sekolah lain di sekitar Malaysia pada masa akan datang.

Sumber Gambar: Facebook Meja Kerja Rizan Hasan

Video yang dimuat naik oleh individu berperwatakan ‘mat rempit’ telah mengundang rasa tidak puas hati netizen. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Pertikai Tindakan Sekolah Jemput ‘Ikon Permotoran Anak Muda’ Sebagai Motivasi Pelajar

‘Prank’ Tarik Tudung Wanita Demi Konten, Tindakan Biadab YouTuber Ini Buat Netizen Bengang

Gara-Gara Halang Laluan Bas, Tindakan Kumpulan Lelaki Ini ‘Alih Kereta’ Myvi Raih Perhatian Netizen