Penghujung tahun merupakan waktu yang agak membimbangkan di kawasan tanah rendah di Malaysia. Ini kerana perubahan monsun yang membawa hujan lebat dan angin kencang menjadi penyebab utama banjir.

Bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan telah pun bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang berlaku.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

3 empangan jadi tebatan banjir

Empangan_Chenderoh3

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Penjanaan TNB, Roslan Abd Rahman, pihaknya sudah membuat persiapan awal iaitu menjadikan empangan sebagai tebatan banjir.

Tiga empangan Tenaga Nasional Berhad yang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh ialah empangan hidroelektrik di Tasik Kenyir, Terengganu, Cameron Highlands, Pahang dan Sungai Perak, Perak.

Menurut beliau, selain menjana elektrik, empangan TNB mempunyai kapasiti menakung air di hulu sungai yang dapat mengelakkan bencana lebih besar daripada berlaku di kawasan hiliran setiap kali musim tengkujuh.

Persiapan dengan semua agensi yang terlibat

Empangan-1-671×377

Selain itu, bagi memastikan semua pihak berada dalam keadaan siap siaga, beberapa siri taklimat persediaan dan latihan kecemasan di stesen hidroelektrik dan pejabat operasi TNB dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan anggota terlibat menghadapi musim tengkujuh ini.

Persediaan dilakukan bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan bagi memastikan proses pelepasan air secara terkawal di beberapa empangan hidroelektik mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Jaminan semua empangan berada dalam keadaan baik

empangan-3-671×432

TNB dalam kenyataan yang dikeluarkan turut memberi jaminan semua empangan hidroelektrik milik syarikat utiliti nasional ini berada dalam keadaan baik serta selamat.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, boleh menghubungi talian TNB CareLine di 1-5454 atau Facebook TNB Careline.

Sebelum ini berlaku banjir di Kuala Lumpur dan usaha dua pemuda ini membantu selesaikan masalah banjir tersebut mendapat pujian netizen. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netizen Puji Usaha Pemuda Ini Bantu Selesaikan Masalah Banjir Di Kuala Lumpur

Lihat Cara Pengawalan Banjir Yang Sangat ‘Advanced’ Di Jepun

Anda Mungkin Suka