Malaysia terkenal kerana dia!

Apa Habaq Orang Muda? Semalam 10 Julai 2017, ulang tahun yang ke 92 buat Tun Mahathir. Semoga terus dipanjangkan umur dan sentiasa sihat. Jadi aku nak kongsi sikit apa yang Tun M dah buat untuk negara. Mungkin ramai yang tak sedar dan tak tahu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

KLCC

KLCC dibina dengan gurauan Mahathir yang berseloroh kepada Tan Sri Azizan yang ingin membina bangunan di Kuala Lumpur “Mengapa tidak jadikan ia bangunan tertinggi di dunia.” Pada tahun 1993 KLCC dibina dan pada tahun 1999, KLCC telah siap dan menjadi bangunan tertinggi di dunia. Pergh!

Pada awal pemerintahan, Mahathir fikir untuk membuat Malaysia terkenal adalah dengan adanya bangunan pencakar langit. Lalu dibina KLCC (Twin Tower) hasilnya, hari ini Malaysia dikenali dunia.

KLIA

KLIA, ramai yang kritik kenapa Airport dibina jauh dari bandar Kuala Lumpur, ini kerana pandangan Mahathir untuk masa akan datang. Sepang memang jauh dari Kuala Lumpur, lebih kurang 50 kilometer, tapi di mana-mana negara, lapangan terbang baru terpaksa diletak jauh dari bandar, kita dah buat 20 tahun yang lalu. Hal keselamatan diutamakan, selain itu, kita boleh memperbesarkan atau membuat Lapangan terbang yang baru. Sekarang kita sudah ada KLIA 2.

Putrajaya

Putrajaya merupakan bandar pentadbiran negara, dengan berlakunya pemindahan jentera pentadbiran dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

“Pembinaan Putrajaya adalah sebagai kemudahan kepada kakitangan awam bagi mengelak suasana sesak di ibu negara. Kita sedar kesesakan akan datang. Jadi kita buat persediaan pindah ke kawasan ini. Cuba fikir kalau tiada Putrajaya (sekarang).”

Litar Sepang, Proton, LRT dan lain-lain. Nanti aku cerita lagi pada masa akan datang.

Dulu aku tak minat dan tak suka dengan Mahathir ni, sampailah ketika aku di luar negara, waktu tengah lepak minum di kafe, ada seorang lelaki tua tanya, “Where u come from?”. Aku balas singkat “Malaysia”. Kemudian dia sambung “Malaysia good country, Mahathir very good”.

Aku cuma terpinga, kenapa Mahathir? Dari situ aku mula meminati Mahathir. Setelah mengenali dengan membaca buku, dia seorang yang cukup genius.

Tolak politik ke tepi dan berlapang dada, aku cuma nak cakap yang kita sangat bertuah kerana Tun M pernah menjadi perdana menteri Malaysia.

Ada sikit lagi aku nak kongsi, banyak projek-projek mega Tun M ni dibuat pada krisis Ekonomi pada tahun 1997. Orang semua kata dia gila, tapi dia tetap teruskan, pinjam duit dengan bank dunia dan memajukan Malaysia.

Aku bandingkan Tun M dengan pimpinan Indonesia iaitu Suharto, sebelum tahun 1997, matawang Ringgit dan Rupiah hampir sama nilai, malah Rupiah lebih berharga dari Ringgit, tapi bila berlaku krisis ekonomi dunia pada 1997, Suharto tidak tahan dengan tekanan dan melepaskan jawatan sebagai Presiden Indonesia. Dari situ nilai Rupiah jatuh menjunam, dan nilai Ringgit naik di bawah pimpinan Mahathir.

Tun Mahathir,  u are genius.

Pesanan Tun M untuk orang muda, “Kita kena pegang pada nilai hidup yang mulia. Kerja kena rajin, ada amanah, berasa malu bila ada buat salah. Kalau kita ada kesemua nilai-nilai ini, kita pasti berjaya dalam hidup.”

Happy birthday Tun M.