Bill Gates adalah sosok yang paling banyak menerima tempias teori konspirasi sejak wabak COVID-19 melanda dunia. Mana tidaknya, beliau adalah individu terawal yang meramal bahawa dunia bakal berhadapan satu wabak baharu dan pada 2020, ramalan beliau menjadi kenyataan. Sejak itu, Bill Gates dan teori konspirasi tidak boleh dipisahkan.

Terbaharu, Bill Gates menjawab pertanyaan daripada netizen apabila ditanya adakah benar vaksin COVID-19 mengandungi mikrocip yang berfungsi untuk mengawal manusia. Persoalan itu bagaimanapun dikecam oleh Bill Gates, beliau berkata bahawa penyelidikan yang dilakukan oleh yayasan beliau adalah untuk menyelamatkan nyawa manusia dan bukannya untuk mengawal manusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Bill & Melinda Gates untuk membangunkan vaksin adalah bertujuan untuk mengembalikan kehidupan manusia seperti biasa. Bill turut menolak dakwaan bahawa beliau mempunyai agenda lain untuk mengawal dunia dengan vaksin.

“Yayasan saya membiayai penyelidikan vaksin untuk menyelamatkan nyawa,” kata Bill Gates di Reddit Ask Me Anything (AMA) seperti yang dilaporkan Fortune. “Idea cip dalam vaksin tidak masuk akal. Mengapa saya ingin tahu di mana orang berada? Apa saya akan buat dengan maklumat itu?”

Sebenarnya persoalan akhir yang dibangkitkan oleh Bill Gates sebenarnya masuk akal. Jika benar tujuannya untuk mengawal manusia, apa yang beliau akan dapat daripada maklumat tersebut? atau apakah faedah disebalik ‘kawalan ke atas manusia’ seperti yang dimomokkan oleh penganut teori konspirasi itu?

Selain daripada itu, dianggarkan bahawa 6.64 bilion atau (83.7 peratus) penduduk dunia mempunyai telefon pintar. Dengan adanya telefon pintar, ia sebenarnya boleh membantu Bill Gates untuk mengawal manusia. Jadi kenapa beliau perlukan vaksin untuk mengawal manusia sedangkan cara yang paling mudah adalah dengan mengawal manusia menerusi telefon pintar mereka.

“Saya membelanjakan berbilion-bilion untuk vaksin dan saya bangga mereka telah membantu mengurangkan separuh kematian sejak 20 tahun yang lalu (daripada 10 peratus kepada 5 peratus).” Kemudian Bill Gates menjawab pertanyaan mengenai keberkesanan vaksin Covid-19. “Tiada vaksin atau jangkitan dapat menghalang anda daripada dijangkiti, tetapi penyakit itu tidak akan menjadi terlalu parah dan anda tidak menyebarkannya kepada umum,” kata Gates.

Jadi jangan risau, Bill Gates tidak cuba mengawal anda dengan meletakkan mikrocip di dalam vaksin. Kalau benar pun dia mahu mengawal manusia, sudah pasti dia akan mengawal manusia yang lebih berpengaruh, bukannya anda yang kerjanya hanya membaca teori konspirasi yang tidak tahu hujung pangkalnya.

‘Ini adalah tragedi yang luar biasa’ – Ini ramalan terbaharu Bill Gates mengenai COVID-19. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Ini Adalah Tragedi Yang Luar Biasa’ – Ini Ramalan Terbaharu Bill Gates Mengenai COVID-19

Puteri Bill Gates Langsungkan Akad Nikah Secara Islam Dengan Pemuda Mesir Dalam Majlis Bernilai RM8 Juta

Ini Kata Bill Gates Apabila Disoal Bilakah COVID-19 Akan Berakhir Walaupun Adanya Varian Omicron