Beberapa hari lalu, pengguna internet telah hangat membincangkan tentang gambar bulan yang ditangkap daripada peranti Samsung Galaxy S23 Ultra adalah palsu sahaja. Dikatakan hasil gambar bulannya dikatakan telah diganti imej bulan yang diproses oleh AI.

Untuk mendapatkan kebenaran dakwaan itu, pihak Samsung sendiri telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan bahawa ia tidak bertindih (overlay) mana-mana imej pada gambar bulan yang dirakam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter MKBHD

Sebagai tambahan, Samsung turut menjelaskan bahawa pengguna boleh menyahaktifkan ciri Scene Optimizer berasaskan AI jika tidak mahu peningkatan perincian automatik pada gambar yang diambil.

Untuk lebih mudah difahami, pembuat Galaxy itu menyatakan bahawa butiran tambahan pada gambar bulan itu sememangnya ‘detail enchancements’ atau perincian yang dipertingkatkan menerusi keupayaan pembelajaran mesin.

Kini sebahagian pengguna mungkin menganggap keupayaan S23 Ultra merakam imej bulan yang dicanangkan dalam iklan sebelum ini adalah palsu dan tidak seperti yang disangka. Bagaimanapun, sebahagiannya pula berpendapat kamera peranti masih mampu merakam imej bulan dengan jelas tanpa bantuan AI.

Sumber