Menjadi buah mulut warganet apabila Suhaimi Saat mencabar angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa bumi ini berbentuk sfera.

Malah sebelum ini Suhaimi Saad pernah dikecam warganet berikutan kenyataannya bahawa saiz bulan dan matahari adalah hampir sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2019-02-15 at 10.17.30 AM

Berikutan itu, Dr Sheikh Muszaphar Shukor tampil memberikan maklum balas di laman sosial Instagramnya. Menurutnya, bumi berbentuk sfera dan bukannya rata, leper atau flat.

Beliau melihat bumi berbentuk sfera atau lebih tepat, geo-sfera dimana tertumpu di kutub dan membonjol di garisan Khatulistiwa melalui pengalaman beliau di angkasa lepas. Malah, beliau menegaskan bahawa bentuk bumi bukanlah seperti bola tetapi lebih seperti telur.

Bagi Sheikh Muszaphar, sukar untuk mengubah pemikiran golongan ‘flat earth’. Hanya pengalaman ke angkasa lepas akan mengubah perspektif seseorang mengenai kehidupan secara menyeluruh dan membuatkan anda lebih yakin dengan Pencipta.

Walau bagaimanapun, Suhaimi Saad masih tidak berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan oleh Dr Sheikh Muszaphar dan mengatakan ianya hanya maklum balas dan bukannya bersumpah seperti yang dikehendakinya.

Screenshot 2019-02-15 at 10.17.48 AM

Bila dijawab dengan sains sekalipun, golongan flat earth masih tidak mahu percaya. Masih tidak mahu kalah dengan pendirian mereka. Anda lebih percaya pada Sheikh Muszaphar atau Suhaimi Saad?