Bertugas sebagai pengamal perubatan bertanggungjawab menguruskan pesakit yang terlibat dengan wabak COVID-19 bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi.

Tatkala masyarakat yang lain mencuba sedaya upaya untuk menjarakkan diri dengan mereka yang disyaki mempunyai gejala wabak berbahaya ini, doktor dan petugas kesihatan pula bertanggunjawab untuk memastikan pesakit ini mendapat rawatan yang terbaik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun berusaha untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan, ada juga dalam kalangan pesakit yang kurang peka dengan keadaan semasa sehingga ada yang mengguris hati petugas kesihatan.

Seperti yang berlaku kepada salah seorang doktor yang bertugas membuat saringan terhadap mereka yang disyaki mempunyai gejala COVID-19 baru-baru ini apabila dia diperli oleh pesakitnya sendiri.

Kejadian itu berlaku selepas dia meminta pesakitnya itu untuk menjarakkan diri daripada beliau ketika cuba untuk bertanya sama ada mereka yang berada dalam khemah saringan itu sudah makan atau tidak.

“Encik! Stop! Berdiri di situ. Jangan dekat dengan saya ya,” ujarku kepada seorang ‘jemaah’ yang berada di kemah – untuk kekalkan jarak (distancing),” kongsi beliau di Facebook.

Bagaimanapun, niatnya itu disalah erti oleh pesakit itu yang kemudiannya membalas dengan soalan yang dilihat seperti memerlinya.

“Doktor lebih takut kuman berbanding Allah, ya? Kita ada Allah lah, doktor.” kata pesakit itu kepada beliau.

Dia bagaimanapun menjawab kembali soalan yang diujarkan pesakit itu dengan tenang dek kerana tidak mahu memangjangkan perkara tersebut.

“Namun, saya terus menjawab, “Bukan awak sorang takut Allah. Saya pun.

“Sebab saya takut Allah lah, saya pikul tanggungjawab dan amanah ini (kerja merawat). Setiap hari saya kena mengadap COVID-19,” jelasnya kepada pesakit tersebut.

Menjelaskan lebih lanjut kejadian itu, mereka sebagai petugas kesihatan sanggup untuk berdepan dan mendedahkan diri kepada pelbagai jenis kuman demi mengelakkan sesuatu penyakit itu terus disebarkan.

Namun, mengambil langkah perlindungan seperti menjarakkan diri dengan mereka yang bergejala adalah perlu jelasnya di kiriman tersebut.

“Nabi Muhammad S.A.W sendiri ketika berperang pakai perisai pertahanan diri. Adakah itu bermakna Nabi SAW takut akan musuh berbanding Allah?

“Tawakkal tanpa ikhtiar untuk hindari wabak bukan konsep sebenar tawakkal.Kena ada usaha dan ikhtiar, seterusnya berdoa barulah berserah dan bertawakkal,” tambah beliau.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai kisah sebenar di khemah saringan COVID-19 yang tidak diketahui ramai. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Situasi Sebenar Khemah Saringan COVID-19 Di Malaysia Yang Ramai Tidak Tahu

‘Test Kit’ COVID-19 Dengan Pengesanan Sepantas 30 Minit Sedia Didapatkan Dengan Harga RM99

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Sumber