Aktiviti live bid atau jualan dalam talian kini menjadi salah satu medium perniagaan yang berjaya di laman Facebook. Acap kali kita lihat peniaga membuat live di waktu malam bagi mempromosikan jualan mereka.

Namun lain pula yang terjadi dalam sesi live oleh seorang peniaga ini. Ketika sedang bersiaran secara live di Facebook, rakan di belakangnya secara tidak sengaja (atau sengaja?) telah menyedut ‘bong’, alat yang biasa digunakan untuk menghisap daun ganja.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Perosak seller vintage n bundle Malaysia..Sambil buat live, kawannya siap hisap bong kat belakang..#AADK #PDRM

Posted by Zaidę Yusuf on Friday, October 30, 2020

Ketika ditanya oleh penonton live berkenaan, lelaki berkenaan dengan tenang menjawab sebenarnya lelaki di belakang sedang buat servis ‘repair telephone’.

“Yang duduk belakang ni abe? Tengah repair telephone abe. Di rumah ni macam-macam servis kita buat. Jual bundle, Repair motosikal, repair telepohone tukar bateri pun ada.”

“Takkan nak hisap bong masa tengah live. Viral nanti abe,” jawab lelaki berkenaan. Namun, jika dilihat video berkenaan, kenyataan lelaki berkenaan sebenarnya hanya untuk cover line tetapi cubaan tersebut gagal dengan jayanya.

Rata-rata peniaga bundle lain merasakan perbuatan tersebut adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mencemarkan nama baik perniagaan bundle.

Di Malaysia, kanabis merupakan dadah berbahaya yang tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan juga racun yang tertakluk kepada Akta Racun 1952. Anda boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan memiliki ganja.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua. Sesiapa sahaja boleh buat live ketika ini tetapi jika viral dengan cara yang salah, buruk padahnya nanti.

Ini pula artikel berkaitan sesi live stream lelaki ini yang menarik puluhan ribu penonton dengan buat tutorial tidur. Baca lagi pada pautan di bawah.

Raih Tontonan Puluhan Ribu, ‘Live Stream’ Tutorial Tidur Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Lihat Mangsa Buli Siber Ini Dengan Tenang Berdepan Pembulinya Secara ‘Live’ Di Televisyen

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

Anda Mungkin Suka